- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Saturday, March 6, 2010

sahabat dimataku....

nothing to share today...juz bersyukur sangat2...dengan adanya sahabat yang btul2 menyayangi diri ini.....terima kasih semua~~

ini untuk anda....

SECANGKIR MADAH DIKONGSI BERSAMA....

Assalamualaikum sahabat-sahabiah semuanya...........

Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.

Sejambangan kesyukuran ke hadrat Allah, dalam kepayahan dan titisan tekanan mula menjarah, kecintaan-Nya hadir dalam tiap sujud. kecintaan-Nya datang dari setiap wahyu kalam, kecintaan-Nya wujud dalam ilham sahabat-sahabat sefiqrah..

Jutaan kemaafan buat sahabat yang menatap laman blog ini, dalam kepayahan ku mengatur langkah..masih tidak mampu lagi keluar dari kancah masalah. Justeru, tiada sebarang posting mahupun wacana iman mampu dikongsi bersama, sementelahan pula berlaku gangguan dalam blog ku ini..

Pelbagai peristiwa tidak mampu dterjemahkan dalam penulisan ini, Sekadar berlegar-legar di kepala dan kemudian hilang ditiup semilir petang. Keazaman masih belum bersinar cahayanya. Seakan tercari-cari lagi arahnya kerana tenggelam dalam lautan kesibukan yang sebenarnya adalah satu ciptaan dan alasan.

Lantaran itu, salam kemaafan sekali lagi buat semua pengunjung blog ini. Mungkin anda dihambat kebosanan melihat hamba Allah bernama nana ini masih di takuk lama.

MOhon doa dari kalian, agar secangkir kata ini bukan sekadar untuk dirasa...tapi diberi pewarna keimanan..

sayang kalian semua~~

queens of heart~~

No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~