- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Thursday, September 29, 2011

bila seorang wanita bermunajat sendiri...

..dlm diam kau tabur cinta padaku..biarpun dalam diam..namun diam penuh berhikmah..

jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan ALLAH

tanamkan dlm diri kite..namun perlu kau tahu tugas pertamaku bukan mencari dirimu

tetapi mensolehahkan diriku..jiwa berbicara lagi, amat sukar untuk mencari soleh

dirimu andai solehahku tidak setanding dgn solehmu..janji ALLAH pastiku pegang dlm

misi mencari diri 'Wanita yg baik untuk Lelaki yg baik.. ♥


dedikasi kepada NORWALID ISMAIL.....insyaallah...moge segala harapan dan impian berjalan

dengan lancar degan mendapt keredhaan dar NYA....same2 lah kite mencari kebahgiaan yang

hakiki itu sayangg...:)


~princess of heart~

Tuesday, September 27, 2011

20 perkara membuatkan perempuan membenci lelaki..

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



"sekadar perkongsian semata-mata...kerana terbaca dari salah satu website menarik tentang hati dan perasaan...:)"



~princess of heart~

Friday, September 23, 2011

kenapa mesti GANTUNG kisah PERIBADI pada dinding FACEBOOK???

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa padanya namun, tanpa sedar..dirinya telah melahirkan satu perasaan kurang baik pada pembaca-pembaca yang mula ingin tahu....kan??


Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“aku kawin ngan ko!!bukan dengan family ko yang xde klasss tuh...!!!!”

Kontroversi bukan? apa sebenarnya yang ingin mereka tonjolkan???permasalahan dengan ipar duai???ketidakpuas hati pada family sang husband??kalau on masalah itu timbul..kan lebih baik cari penyelesaian untuk masalah tersebut..kenapa mesti menyalahkan ipar duai atau family husband tuh...kan???dah cermin diri??SEMPURNA kah kamu???esshhh..mane ade manusia yang sempurna...kn??kn???

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu. kenapa mesti nak merendah-rendah kan martabat seorang suami yang kamu sendiri telah berikrar untuk menjadi isteri SOLEHAH la kononn..


“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.” ataupon...

"Kerempeng jek suami aku ni...ontot pon xde.."

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook. ker...ini kutuk mengutuk sebagai satu gurauan??aku jek yang x paham kottt...

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

"Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali."

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri. Memang tak boleh disangkal lagi kalau ada yang mengatakan ada juga kebaikan pada fenmena ini...tapi, keburukan yang timbul tu mengeluarkan kesan yang teruk yang x dapat dibendung...itu yang menjadi masalah!!

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum? mungkin ianya penting bagi indvidu itu sendiri..dan sengaja menguji keperihatinan sahabat handai terhadap diri mereka...:)

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. dan tabiat ini merupakan satu kebaikan pada komuniti apabila mereka bertindak lebih positif dalam hidup...

Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”. Masakan tidak pepatah ini digunakan..apa tujuan utama penulis meluahkan permasalahan pada umum???untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari kawan-kawan??saya rasa lebih elok jangan..kerana takut kalau-kalau mendapat nasihat yang tak baik pulak nanti...kan??

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

"Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun."

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Mestilah diingat bahawa apa-apa masalah pasti ada penyelesaiannya...jadi..cubalah anda sendiri fikir-fikir dan renung-renungkanlah...andai satu hari nanti...permasalahan hidup dan isu rumahtangga itu selesai...maka..kebahgiaan akan muncul semula..dan pada masa itu...menagapa menonjolkan kebahgiaan ada umum semula???mengapa mesti setiap kebahgiaan itu perlu dipertontonkan??kan??tidak firkir ke andaian masyarakat setelah mereka "flash back" semula pada permasalahan anda dulu...kan??


"Bahagianyerrr dapat suami macam nih....penyayang...bertolak ansur..ensem..kacak lagi bergaya...."

agak-agak....apa andaian masyarakat setelah membaca ayat ini selepas permasalahan anda selesai???bagoslah andai yang mendoakan kebahgiaan itu berpanjangan...tapi..x kurang jugak pada mengandaikan kebahgiaan itu palsu semata-mata kerana mereka dah tahu kebenaran yang anda sendiri ungkap dulu..kan???jadi..fikir-fikirkan natijahnya...sebelum mengutarakan tentang keburukan suami...keluarga...keluarga suami...sahabat handai...atau sesiapa sahaja...kerana anda telah meletakkan maruah mereka dihujung jari anda dengan menaip cerita peribadi mereka pada umum...jadi...jangan marah kiranya masyarakat mengandaikan bukan-bukan pada peribadi kamu nanti...k


Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

BERINGATLAH!!! RENUNG-RENUNGKAN....DAN SELAMAT BERAMAL~~~


~princess of heart~

Thursday, September 22, 2011

~MALAM SATU MALAYSIA DI SEREMBAN~

DATE : 16 SEPTEMBER 2011
VENUE : PADANG MPS, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

last week, ari jumaat 1 Malaysia diberi cuti sempena hari malaysia. seluruh rakyat malaysia bercuti untuk menyambut kemerdekaan yang di raikan pada hari Malaysia tersebut...tak terlepas jugak nana n family mengambil keputusan untuk meraikan hari istimewa negara kita yang tercinta ini...<-----apesal plak ayat SKEMA semacam nih?????esshhhh..rilexxxxx....

hahaha...sebenarnye...nana, k.long, abang kerol, walid ngan ibu x merancang ape-ape aktiviti pon mase ari jumaat tuh...seharian kiteorng duk umah hanya melepek memandangkan hari hujan sepanjang hari tersebut...tapi malam tuh...disebabkan ayah sibuk ajak pegi umah terbuka kawan-kawan masjid die...so kami ponbersiap-siapla....tapiiiiiii..tetibe jek...adik bersuara nak pegi tengok upin ipin kat seremban....haaaaaa...mulalah plan jahat nana, k.long ngan ibu..heheheheheh..kiteorng amik keputusan xnak ikut ayah oegi open house nya ituuuu..hahahahha...kiteorng pon siap-siap nak pegi seremban malam tu....tepon walid ngan abang kerol ajak pegi same...malam tuh...depa datang amik kiteorng kat umah..hehehhe..so..x yah la drive!!! i luv u lah daddy!!!heheheh...


so, sepanjang kami berada di padang MPS seremban tuh..punye lah ramai oranggg kat situ...tapi seb bek la agenda pertama kami hanyalah nak jalan-jalan..bukan makan-makan free...hahaha...so kiteorng hanya tengok jek gelagat-gelagat mereka-mereka yang datang nak makan free tuh..hahahahaha..klaka..tapi...mula lah insaf....bila tengok rakyat malaysia punyelah dilambakkan dengan makanan-makanan berbanding dengan rakyat somalia yang kebuluran...kesian..kesian..kesian...<-----trademark upin ipin..heheheh...

sepanjang malam gilerr kiteorng tu...kami ade gak menggedikkan diri posing-posing maut tengah-tengah padang tuh..hehehehe..lantaklah ape orang nak kate...ade kiteorng kesahhh???hahahha...lets enjoyed pic kiteorng....jommmmm!!


pic petame di capture oleh daddy..heheheh...special pose nana for u cyg!!pic nih mesti buat daddy x bley tido malam kn???hahhahahaha..PERASANNN!! n second pic..ngan ibu..hehehe...tapi..ibu senyum ke...x tuh??hehehe,,,

nh plak pose kami anak beranak...tapi..ade kanak-kanak ribena yang telebey aktif kat belakang tuh plak...hahahaha....


nih lah hasilnye gedik-menggedik di tengah-tengah padang MPS tuh...hehehhehe...tapiiii..apesal muncung daddy kat ibu macam tu dalam pic petame???hahahaha...nampak ayahhhh..taw la langit tinggi rendah...hahahahahhaa...<----NO FLIRT WIF UR OWN FUTURE MOTHER IN LAW OK???HAHAHAHAH...


this pic nana yang capture..so i'm not in this pic ok...huhuhuhuuh...:)

nih hasil k.long nana....n tunang kesayangannya memosing-posing pulak..hehehe..berkasih sayang pulak dieorng nih..eshhhh...x sabau tggu depa kawen!!!!

N last....this is daddy n mummy picture!!hehehhe...menggedik btol..kan??kn??tapii..lantakkk laaa...hehehehehe...yang pentinggggg...malam tuh...daddy amik pic nampak gigi bile die senyum...heheheh..aissshhhhhh... nih wat nana x lena tido nih..kehkehkeh....apepon....enjoyed gilerrr malam tuh...biler la bley bergumbira lagi macam ni....huhuhuhu...


eh.....alaamak...cian budak kecik sorang nih...lupeplak nak upload pic die ngan upin ipin yang die heboh sangat nak tengok tu.....nasib die memang baik...mase tuh..upin ipin nak pegi sambut VIP dah...kami kerja die n block die tengah jalan...mintak sangat kat die nak amik pic sekeping pon jadi la...hehehe..n upin tuh berhenti..n pegang tangan adik nak capture pic ngan die...nana pon ape lagi...trus la....capture..PUAS la HATI si adik,..hehehe....pastu...die ajak pegi gerai upin ipin n beli magazine baru dimana collection yang die xde...agak-agak...pas balik malam nih..tido sonyum lah adikkk kotttt laaa...hehehe..

ALAMAKKKKKK!!!!cowi adikkkkk....angah x masukkan lagi pic adik lam lappy angahhhh.cowiiiiii...hehehehe,,,macam ne ley terlepas pandang nihhhh...maaf..maaf..maaf...<--macam gaya nabil..hehehehe...


P/S : maaf kerana kualiti gambar x secantik hasi dari kamera DSLR..hehhehehe...:)

~BUAH HATI NANA~

Entry nih sebenarnye dah lapuk n basi pon...hehehe...buah hati nana nih lahir 8.9.2011 aritu..so dah lame benor usie die..hehehe..cume x di hebah-hebahkan kelahiran die pada umum jek..hehehe...yela...mane x nyer..lainla kalau nana beli keta mahal...kn??barula orang kate nana layak nak hebahkan pada orang ramai..bila nana beli keta nih..ade la suare-suare sumbang yang bercakap keta nana nih x bagos la...ape la....aissshhh..macam la nana belikan keta nih untuk dieorang ...kn???heheheh...yang nana peliknya...macam la depa pakai keta power sangatttttt...sampai nak komen keta orang...tapi xpe...nana x amik pedulik sangat....keta nih nana yang beli..ikut kemampuan nana..n citarasa nana...so...ADE AKU KESAHHHH???hhehehehe...pada mulanya...nana macam terover excited plak bila keta nih nak kuar sebelum raye...tapi...atas sebab-sebab yang nana dah nyatakan dalam entry yang lepas...jadi...dia keluar seminggu lepas raya...hehehhe...walaupon die lahir lepas raya...excited tuh masih ada...yela...lepas dah tunggu lame kn...orang petame yang nana bawak naik..mase nana baru amik dari kedai tuh...ialah "my youngest brother" <---muhammad alif najmie...hehehe...bila tengok die excited naik keta baru angah die...nana pon ape lagi...terlebih-lebih pulak excited nana masa tuh..even malu pon ade...bawak keta yang plastik die pon x bukak lagi..hehehehehe...

so...meh tengok my baby yang baru jek lahir nih..heheheh...nih pic die....TARAAAAAA!!! comey kan???kn????putihhhh...macam daddy die gak!!!hahahah...:p


p/s: daddy...baby none-na wane merah....n mummynyer baby wane putih..ok x daddy??? heheh..

then, malam amik keta tuh...1 family nana bawak pusing-pusing...x pegi mane pon sebenarnye....pegi isi minyak jek..hehehehe..yela..x kan nak biar minyak keta baru 1 takuk..kan???mesti la minyak keta baru kene sentiase full..ye dop???heheheh..

n then, selain family...orang petame yang nana bawak naik buah hati saye ini..ialah.....jeng..jeng..jeng...semestinya En.Norwalid b. Ismail..kan???kan??hehehhehe...firstly, daddy tnye...sape name buah hati baru nih???heheheh...alamakkkk...x terpikir plak nak letak name ape...tapi..mase daddy tnye jek name buah hati saye ni....lancar jek mulot nih jawab...FAHRIN AHMAD!!!hahahahaha..dengar jek name buah hati yang nana letak ni...daddy terus jek tarik muke...aisshhhhh..macam mane bley lupe yang daddy memang cemburu ngan artis sorang nih...aduhhhh...

"ok-ok...mummy mitak maaf ea...bukan nak letak name tuh..saje sebut...hehehe...x pikir lagi la..." cube pujuk daddy mase tuh...

pastu daddy mcam merajuk lagi jek...tapi jap jek..pastu die lupa dah pasal tuh..ehhehehe...tula ....dah tau yang daddy selalu merajuk bile sebut madu die sorang tuh..lagi nak sebut...eshhhh...&<----perasan giler statement nana..hahahaha..fahrin ahmad nih memang nana minat sangat...tuh yang sampai asyik sebut jek..tapi xde lah sampai nak jadikan die pakwe...esshhh..cukplah daddy sorang!!!heheheh...

P/s: daddy jangan risau ea...mummy sayanggggg daddy sorang jekkkk...bagila 10 orang fahrin ahmad pon...daddy tetap jadi pilihan...xmo majok2 k...hehehe...<---tapi..kalau tom cruise...mummy x janji...hahahahahhahahaha...jokinggggg..:P

so...inilah photogediks yang berjaya ditangkap hasil dari paksaan ke atas daddy untuk berganding dengan madunyerrr....muke rela jek...heheheheheheh...:)

n lastly......nana nak maklumkan di sini...secara terbukanya....nana memperkenalkan nama buah hati saye yang baru ini...ialahhhhhh....

~willy~

hehehehe..not even daddy pon belum taw name madu die ni...hehehe...x taw nak letak name ape sebenarnye..kalau daddy letak name buah hati die yang sorang tuh ikot name nana...so name willy tuh kire dekat la ngan name daddy...kn???kn??kn??heheheh...same huruf pangkal pon jadilaaaaa..heheheheheh...:)

thats all about my new baby...peaceee...:)



Tuesday, September 20, 2011

~DUHAI BAKAL SUAMIKU....~

"Benarkah itu cinta...kalau kita semakin keji dan hina????Benarkah itu cinta...andai kita semakin odoh dan lupa akan kemuliaan diri???Benarkah itu cinta kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu kita terdampar di lembah maksiat???"


CINTAILAH AKU DALAM DIAM...DARI KEJAUHAN DENGAN PENUH KESEDERHANAAN DAN PENUH KEIKHLASAN......:)

DUHAI BAKAL SUAMIKU...
ketika kau resah dalam menanti kehadiranku...berdoalah kepada ALLAH dan mohanlah kepadaNYA dan berusahalah kerana aku hanyalah insan yang tiada upaya kerana ALLAH pemilik nyawaku....

DUHAI BAKAL SUAMIKU....
aku mengharapkan agar dirimu memohonlah padaNYA yang berhak, memiliki jiwaku hanya keranaNYA, dan milikilah cintaku hanya kerana ALLAH S.W.T...dan cintailah diriku, agamaku hanya keranaNYA...

"Pada saat aku jauh darimu, aku akan selalu menjaga hatiku untukmu....akan aku jaga hatiku hanya untukmu.."

DUHAI BAKAL SUAMIKU....
Disinilah bermulanya perjalanan yang menuju destinasi yang tinggi dan mulia...Dan apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri...Inilah langkah pertama bagi mencapai apa sahaja bentuk kejayaan yang diimpikan..Langkah pertama kita ini akan menentukan lagkah kedua dan seterusnya.....

DUHAI BAKAL SUAMIKU....
Disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan hidup ini. Asal kita memilih untuk memulakannya sekarang, ianya akan bermula...dan sekiranya kita memilih untuk berhenti, maka ianya akan berhenti mengikut pilihan kita sendiri....

DUHAI BAKAL SUAMIKU....
Engkaulah yang akan membimbingku...Dan engkaulah yang akan punyai tanggunggjaab terhadap KITA...Agar engkau selalu ada kekuatan dalam dunia KITA nanti....akan aku selalu berada disampingmu wahai BAKAL SUAMIKU....


~serapuh jiwaku .. harusku ingat tentang kita~

... "aku selalu pesan pada hati untuk tidak terlalu dalam mencintaimu ... untuk tidak terlalu berharap bisa memilikimu suatu hari nanti.."

kerna aku takut..aku kan menangis kehilanganmu..

~special dedicated buat siapa yang bakal menjadi suamiku....~siapakah gerangannya....:)

~princess of heart~




Wednesday, September 14, 2011

~sambutan hari raya nana~



sambung pasal cite hari raya nana...hehehe...hari raya kedua...seluruh family belah ibu ajak pegi beaye ke Melaka..nak ziarah atuk-atuk dan nenek-nenek sedara dekat sane...jadi..ke Melaka la kami sepanjang hari itu...pagi lagi dah keluar...n dimulakan dengan berumpul umah mama....hehehe...kalau dah nana cume ikot sahaja....jadi xde kerja la kan??selain dari capture pic...hehehe...sape suruh x jadikan nana driver pada hari tersebut...hehehhee.....n
ak share pic2 sepanjang pegi melaka aritu...letssss share!!!








nanti sambung lagi yawwww....ade keje seketttt..heeee...:)

~princess of heart~

~HANTU BONCENGGGGGG DENGAN DADDY~~

dalam suasana raya yang x abesh lagi...sempat agi nana kuar ngan my daddy...hehehe..pegi tengok hantu bonceng semata-mata pada hari cuti yang sengaja di ambil pada hari isnin yang lepas...hehehehe...memang nak plan cuti ari yang sama...tapi x sagke plak kiteorng ami keputusan nak tengok wayang....n cerita pilihan kami...hantu boncenggggg!!eheheheheh....melambak la ketawa kami dalam wayang tersebut...n sepanjang bersama dengan daddy pada hari tersebut...hehehehe...banyak la pic yang sempat nana capture...heeee~~


for every second wif u daddy...i'll never feel regret...becoz i love u so much!!!!thanks to be my love within this 5 yers dear....:)

p/s: t-shirt kami same corak...juz colour jek berbeze..thanks daddy for that nice shirt....i luv it!!

~princess of heart~


~SELAMAT HARI RAYA!!!!~

awal ramadhan aritu..nana x de feel langsung nak beraya...xtaw nape...maybe sebab hati dah ke arah memikirkan kereta yang bakal keluar..hehehehe..walaupun kereta yang nana tunggu-tungu itu xlah kereta mewah yang selalu orang bangge-banggekan kalau mampu memilikinya...namun, nana dah rase cukup bangge n excited bila nana mampu membeli kereta yang tidak seberapa ini menggunakan seratus peratus duit dan usaha nana sendiri!!!hehheehhehe..bangga sioootttttt...kereta pertamakuuuuu.....hehehehe...bangga la jugak kan kalau kite dapat beli kereta tanpa meminta duit dari mak ayah..kan??kan??hehehehe...

tapi...keseronokkan menunggu itu adalah sekse!!!hehehe...sebab itu orang kate...penantian itu satu penyeksaan...hehehehehe...pada dasarnya kereta yang nana tungu patutnya keluar sebelum hari rayer tibe...tetapi...kerana masalah yang tidak dapat diundang...kereta itu gagal keluar...(pasal ready stock xde warna yang nana nak!!<---tuh jek sebabner...)hehehehehe...sedey sioottt..tp xpe....janji..kereta itu pasti ade...heheheh..kn???jadi...nana tetap teruskan raya bersama family macam bese...walaupon x beriye sangat macam tahun-tahun lepas...xtaw nape...erm....tp...seronok gak...heheheh....jom layan pic2 raye nana..letsssssss~~~


~HARI RAYA PERTAMA......~
VENUE: UMAH ARWAH NENEK....SIKAMAT...30 AGUST 2011



~BERSAMA KELUARGA TERSAYANGGGG.....~~



SUASANA RAYA PERTAMA KELUARGA SAYA....:)



nih sume suasana raya pertama kami tahun ini..hehehehe...banyak gambar yang x dapt nak edit agi..nanti ye....apepon....untuk rayer ke 2...ke 3....dan seterusnya...tungguuuu....mau edit lagi..hehehehe...:)


~princess of heart~

Monday, September 12, 2011

~MAJLIS IMPIANKU.....~

hehehehe...majlis ape yang nana maksudkan?????hehhe..of coz la majlis kawin!!hehehe..kalau sebelum ni nana jarang nak pikir sangat pasal kawin nih...tapi lately...bile jumpe daddy jek...dear mesti cakap pasal kawin...cakap yang die x sabar nak kawin ngan nana...die slalu cakap...."mummy...jom kite kawin nak????"hehehehe...kalau la bley jawab mase tuh gak..of coz i'll answer "yesss i dooo dear!!!"hehehe...x taw nape excited sangat bile daddy cite pasal kawin....bile daddy bincang pasal perjalanan majlis impian kami berdua tuh...erm...macam x jejak bumi kejap!!!hahahaha...erm...tapi...kewarasan masih bersisa dalam diri ini...bile hati makin menjerit-jerit mengingatkan nana pada prinsip yang nana sendiri bina dulu..yes!!jangan risau....kerana ini semua hanyalah angan-angan kerana keseronokan nana sahaja!!!hehehehe...

kewarasan otak ligat berfikir tentang:

  • sesungguhnya nana belom bersedia berpisah dengan ibu & ayah yang sentiase menjadi penguat hidup ini...kerana kalian, nana lahir di bumi ini dan menjadi seorang insan...dan x sanggup rasenye nana menamatkan bakti nana pada ayah dan ibu kerana jasa-jasa kalian xkan pernah terbalas sehingga paksi langit runtuh sekalipon....insyaallah...akan nana berbakti pada kalian sehingga mampu nana...aminnn~
  • bersediakah nana????bersediakah nana nak memikul tanggunggjawab yang berat sebagai seorang isteri??bersediakah nana menjadi isteri yang solehah untuk lelaki kesayangan nana nanti??kerana nana x mahu menjadi isteri hanya pada perjanjian nikah itu sahaja....nana mahu menjadi isteri yang menemani suami nana hingga ke syurga hendaknya.....:)insyaallah...
  • majlis impian nana haruslah atas usaha nana sendiri...mahupun ayah & ibu bersedia menjadi salah seorang penganjur...hehhe...nana yang nak kawin kan...kenape mesti ibu dan ayah yang nak keluar duit...kn???hehehe...kerana nana percaya....kalau majlis itu atas usaha kami berdua..kami berdua akan lebih menghargai hubungan suami isteri itu..kerana hanya kami yang mengetahui betapa payah berusaha untuk menjadikan impian kami menjadi realiti...hehehhe.....percayalah...ape sangatlah nak dibanggakan kalau KAWIN AWAL....GRAND-GRAND...TAPI.....DUIT KAD JEMPUTAN YANG X SMPAI RM 500 PON NAK KENE MINTAK IHSAN MAK BAPAK..KN??KN??hehehehe..so x perlu bangge sangat ok????kalau kawin di sponsor sepenuhnya...sesiapa sahaja bley kawin..lalalala~~
  • erm...sebelum kawin...nana slalu fikir...lepas kawin semestinya kami nk hidup berdikari sebagai suami isteri sepenuhnya....xnak berpaut pada ibu dan ayah lagi...kerana nana nak belajar menjadi dewasa dan bijak dalam menguruskan hal rumah tangga...jadi...apabila hati mula berkata-kata bahawa besediakah kearah itu???jadi...nana mula sedar untuk berfikir semasak-masaknya tentang perkahwinan itu...hehehe...(percayalah....kalau dah kawin...tapi makan suami masih dari hasil air tangan ibu kite...bile kasih sayang suami isteri itu nak bertaut???kalau rumah masih dikemas oleh ibu kerana masih tinggal dengan ibu...ape tugas kite sebagai isteri???n yang paling penting...kalau kite x mampu untuk tinggal sendiri...menguruskan hal rumah tangga bersama suami..mengapa berkahwin???kan????) jadi....insyaallah...kalau nana dah pikir tentang semua tuh...bila nana n "die" dah besedia menjadi suami isteri yang sempurna...maka smpai lah kad jemputan tuh nanti....so diharap orng-orang yang sibuk bertanya tuh..sabarrrr ye...heee..:)
  • sambung belajar???nana slalu pikir paal hal nih....boleh ke nana bagi masa nak sambung belajar lepas kawin nanti????boleh ke nana galas status sebagai isteri, pelajar dan pekerja???erm...macam agak berat bile nana pikir kalau nana nak sambung belajar smabil bekerja n sesudah kawin....tapi masalah ini nana xrase terlalu berat kerana daddy amatlah memahami...n yang paling penting...daddy nak sambung belajar bersama-sama nanti..erm....beshnyerrr....cannot wait!!!
apepon....semoga semuanya berjalan lancar...sekarang...kita hanya mampu merancang...ALLAH yang menentukan...jadi...sebagai manusia biasa...nana hanya menyerahkan semua nya pada takdir...andai jodoh nana sampai...siapalah nana nak menolaknya..kn??andai jodoh itu tidak tertulis buat diri ini..nana hanya memohon supaya ALLAH kuatkan diri ini menerima sebarang kemungkinan...aminnnn~~~

apepon......jom kite susuri impian nana tentang serba serbi majlis impian nana...hehehehe...berangan-rangan sekejap!!!!heee...:)


~MAJLIS TUNANG~

THEME: PUPRLE + WHITE...


~pelamin impian mase majlis tunang.....:) cantik x???~


~Nih baju impian majlis tunang nana...heeeee.....~(hope so baju tunang nanti sebijik dengan baju nih.......)

heheheehhehehe....erm...hope masanya akan tiba...heeee....tap lambat agi la kan...hehehe..:)


~princess of heart~





~Coach Medison Dotted OP Art~

erm..dulu nak LV....dah dapat....n tetibe dapat PRADA dari daddy... luv it!!!skrang...cite2 nak beli nih plak..hehehehehehe.....tunggguuuu....:)

Coach Medison Dotted OP Art


TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PELUANG ITU UNTUKKU..

Hadir nafasmu dalam hidupku

Bersama cahaya indah

Menyinari hati kelam

Mendamai gelora jiwa…..


Tapi sayang…

Saat itu aku leka

Lantas aku lupa menghargai

Alpa pada masa….

Buat dirimu terluka


Kini..telah kusedari

Maafkanlah diri ini

Ampunkan kesilapanku…..

Izinku memperbaiki

Semua yang kunodai

Sudikah beriku peluang sekali lagi?????


terima kasih buat insan kesayanganku kerana tidak pernah jemu menanti..tidak pernah kenal erti penat menunggu...dan terima kasih yang tidak terhingga kerana masih memberi peluang untukku merasai bahgia ini...andai kau jodohku...aku bermohon Ya ALLAH...kau kunci hatiku hanya untuk insan ini...


aku x kan mampu berjanji menjadi yang sempurna...

tidak juga aku mampu menjanjikan bahgia buat setiap detik hidupmu..namun,

aku berjanji sayang...akan aku abadikan namamu di tempat yang paling indah di dalam hatiku ini...hanya kamu...tidak akan ada yang lain...


kerana kaulah nyawaku...kaulah penguat setiap nafasku...

terima kasih sekali lagi atas asih sayang yang tidak terhingga ini...

~NORWALID ISMAIL~


~PRINCESS OF HEART~

"pengikat kasih....."


orang cakap...anak merupakan pengikat kasih bagi sepasang suami isteri itu..andai sebelum anak itu lahir...pasangan suami isteri itu akan mencintai satu sama lain kerana dasar percintaan yang mereka sendiri bina...namun, apabila lahirnya tanda kasih mereka itu..maka mereka akan lebih menyayangi dan mencintai satu sama lain kerana pengikat kasih yang lahir berlandaskan cinta dan kasih yang merka bina...dengan itu..setiap pasangan sudah tentu lebih mengenal erti bahagia itu apabila dikurniakan anak....arini...nana epyyyy sangat..coz one of my lovely brother dah dikurniakan baby gurl yang comeyyyy!!!

and her Name is ...."NOOR RAUDATUL ADAWIYAH..."

lets share her picture that i'm borrowed from her "ayah"hehehehe..thanks bang ea bg pinjam..hehehe...

~NAME : NOOR RAUDATUL ADAWIYAH BT ABAS...~

baby..auntie nana doakan adawiyah sentiase memberikan kebahgiaan buat ayah n ibu...jadi anak yang baik ye..doa auntie sentiase mengiringi adawiyah n family....:)

~sentiase menyayangi dan mengasihi...ikhlas dari...auntie nana....~


THANK YOU VERY MUCH

thanks dear...for da luvely video...i know...its from ur bottom heart...so i dont care if the words looks like that u're trying so hard n u're disappointed wif the "hasilnyerrr"hehehe..tapi apepon...mummy happy sangatttttt...sebelom tdo..mummy tengok video tuh...mummy rase bertuah ade orang sayang mummy macam daddy sayang mummy...thanks dear...thank you for this loves...5 years!!!n secare jujurnya...mummy mengaku sejak mummy jumpe daddy...mummy dah sampai di "PENGHUJUNG CINTAKU..."heheheh...:) mummy janji sayang...yang daddy akan jadi yang terkahir buat mummy...insyaallah...n mummy nak mengaku yang mummy terharu sangat bile mummy dengar ayat nih dari daddy..."mummy...kite kawin nak???""daddy x sabar na kawin ngan mummy.."hehehehe...i'll answer "I DOOOO!!!"tapi...insyaallah...selesai jek majlis k.long...kite pikir kan majlis kite plak...ye sayang...:)



CRY ON MY SHOULDER.....<----thanks 4 dis song daddy...:)
If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you're away from love and you're alone
If you call your friends and nobody's home
You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I show you there's a destiny
The best things in life
They're free

Chorus:

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh just call me and I make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

Repeat chorus

What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do
What real love can do
What love can do