- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Friday, August 19, 2011

SUPRISE!!!

hehe...tekezuttt nyer...tbe2 bukak blog sendiri ade post yang rase-rase x pernah plak di post...hahaha...dear...my daddy masih ingat id n password untuk access dis blog..auuwww~~hahaha...erm..by da way...i luv it!!!thank you so much dear....soooooo much!!!!hehehe..i luvvvvvvv u so much!!!heee...blushing sudaaa~~

Friday, August 12, 2011

~12 hari berpuasa~

Assalamualaikum....salam Jumaat buat semua...

Alhamdulillah sudah 12 hari kita menjalani ibadah puasa... semoga kita diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia agar dapat bersama sama menjalani sisa sisa hari2 yang tinggal untuk kita beribadah kepadaNYA...



Amal doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa



Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

(yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Semoga dengan amalan ini, kita dapat menghindari daripada mengalami masalah jiwa.

Wallahua‘lam.

~princess of heart~

Wednesday, August 10, 2011

tips untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita....(",)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe


Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.


1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe

(kalau nak senarai lagu-lagu sedih yang bley wat airmate nih berjurai2 keluar pon ade...nak ke??hehehe..)


2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..

tapi..jangan plak cari kawan yang tangkap lentok plak ngan pakwe die ke...laki die ke...kang x pasal2 api cemburu tuh menyala...ha...ade yang menangis beria depan kawan n pasangan die tuh plak..kn??


3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.

tapi..jangan sibukkan diri dengan menatap gambar2 korang lame2 tuh..xpon g bace balik diari mse bersama 'die' dulu..naya jadinya...heheh...


4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe

(dok layan tengok facebook die..alih-alih die upload pic die ngan awek baru...hai...lagi remukla hati...:)


5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..

kalau anda beranganlah pasal die..mimpi2 die nak balik kat anda semula...kan x gune..ntah2..die sket pon x ingat kat anda...kn???


"Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian...."


~princess of heart~~

TERIMA KASIH ATAS KESEDARAN ITU SAYANG...

CIRI-CIRI ANDAI SESEORANG ITU MENCINTAI KAU SEJUJUR2NYA...



1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


(patutlah bila mmy tanye ddy...ddy kate...ddy sayang n cintakan mmy kerana mmy adalh mmy..bukan kerana ape2 yang orang lain slalu perkatakan...)


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


(terima kasih kerana masih menanti diri ini semasa diriku menjadi hak milik orang lain dahulu sayang..)


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


(hanya kamu yang mencintai n menyayangi gais gemok ini seadanya....:) thanks dear...)


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.


(kenapalah mmy slalu fikir yang setiap laporan harian mmy perlu ddy taw kerana ketidakpercaya kamu...maafkan mmy ddy...)


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.


(rase bahagia setiap kali nama dan wajahmu muncul di skrin telefo bimbit ku...heee..:)


6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.


(maafkan mmy skali lagi..andai detik2 kita bersama sering kali perlu kau ingatkan padaku....)


7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


(cukup ddy tahu..bahawa setiap kata manis yang hadir dri mulutku...ikhlas dri hati ini..dan setiap yang menghiris...tidak pernah terlintas di hati ini...maafkanku sayang....)


8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.


(bukan kerana terpaksa kan sayang...)


9. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.


(terima kasih atas keperihatinan itu kasihku...)


10. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


(patutlah dalam bilik temudga pon..masih hpku terase vibrate..heeee)


11. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


(hehehe...hp...:)


12. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya.


(tp...mmy slalu marah bila ddy diam....maafkan mmy..)


13.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


(erm...terasa benar-benar bersalah kerana slalu x paham kenape ddy asyik nak ketemu...maaf...)


14.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’


(hahahahaha....seremban-nilai pon die dah rase jauh...(",)....)


15. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


(sumtimes...looks like my own father!!hahahah...)


16. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


(dan dikala itu..mmy hnye akan bertempik kerana mmggu tidurku...maaf..maaf...maaf...)


17. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


(maaf kerana sering bertindak begitu kekasihku...:(....)


18. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.


(indahnye waktu itu..kan???walau mereka yang lain asyik mengutuk diri ini kerana kebodohan itu..namun, di mata kamu...aku masih dalam proses pembelajaran...erm....)


19. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.


(erm...kalau hp ddy jadi lembabp kerana msg2 due thun lepas pon ddy simpan..buang jela sayang...hehehe...)


20. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


(tapi...dalam hati ni...tersekse jugak...bile kamu pergi jauh...lebih2 lagi bila sket pon x rase nak pujuk..hehehe..)


21. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta ....


(namun, tersekse hati ini bila kamu berada jauh dari diri ini....kerana kamulah penguat hidupku...jangan pernah mengalah pada orang lain lagi sayang...aku hanya untukmu...dan selamanya untukmu..aminnn...)



"BETAPA BODOHNYA MMY SELAMA INI KERANA TIDAK PERNAHMENGERTI ISI HATIMU SAYANG....BETAPA BERSALAHNYA DIRI INI KERANA SERING MENYALAHKAN MU PADA SETIAP SITUASI...NAMUN, MMY SUNGGUH BERTERIMA KASIH PADA DDY...KERANA KESABARAN ITU...KERANA MASIH SETIA MENANTI DIRI INI..WALAU TERPAKSA MENGGURIS HATI KAMU SENDRI....HANYA SATU KUPINTA...KEMAAFAN DARI DIRIMU...MAAFKAN MMY DDY....DOAKU...SEMOGA KAU TETAP BERADA DI SISIKU HINGGA AKHIR HAYAT NANTI...DAN HATIMU..MENJADI HAK MILIKKU SEHINGGA AKHIR NAFSKU....KERANA...BAGIKU.HANYA KAMU...DIHAI IN...DAN SELAMANYA DIRI INI MILIK KAMU....ANDAI KAU JODOHKU...AKU MOHON PADA ALLAH..MOGE KUATKANLAH SAYANG DAN CINTAKU PADAMU...AMINNNN..."

Monday, August 8, 2011

"aku cuba tulis namamu..."

Ku telah cuba tulis namamu di hatiku.....
belum sampai di huruf terakhir
tintaku habis!!!
(Ah...mungkin namamu terlalu indah untuk hatiku....)

Lalu ku cuba rakam jejakmu di dadaku.....
belum sempat ku ingat
memory sudah tak muat!!!!
(Ah...mungkin jejakmu bergigagiga byte....)

Dan terakhir ku cuba lukis wajahmu di jantungku....
tak tahu kenapa
berus lukisan ku patah menjadi dua!!
(Ah...mungkin wajahmu... tidak cukup indah untuk kanvas jantungku.........)


walau xmampu ku tulis namamu dihatiku...ianya sudah automatik terpahat dalam hatiku....
walau xmampu aku rakam jejakmu di dadaku...ianya sering tergambar dibenakku...
dan walau xmampu ku lukis wajahmu di jantungku...nafasku sering berdegup keranamu......

kerana hanya kamu...dan selamanya cintaku ini untuk kamu...(",)


Friday, August 5, 2011

layakkah insan sepertiku menggapai kasih NYA???

Kesejukan ini
telah mengetipkan mataku
untuk aku terus menatap
keindahan malam yang cukup indah.
Wahai malam,
kau sungguh indah dan cantik
satu ketika kau diterangi oleh
bulan purnama dan bintang bebagai buruj,
kekadang bulan menyepi
malam gelita...
dan bintang menghilang.
Kemana segalanya menghilang?
Di mana aku berada sebenarnya?
Aku termenung sendiri.....

Tatkala musim dan hari sering berganti
mengikut peredaran bumi pada paksinya
dan tatkala ini,
aku rungsing dengan pilihanku.
Jika semalam,
Hati ini bisa dikoyak-koyak,
Hati ini dimain-main seperti sebiji guli,
Jika hati ini juga seprti dicuri
tanpa setia teman,
Jika hati ini berteriak kesakitan,
berombak dengan bisikan jiwa...
tiba-tiba naluri menjadi hancur,
Kepercayaan bertempiaran mencari
erti kebenaran dan kepalsuan,
saat itu,jasad ini seperti dilambong angin kencang
kehidupan menjadi gerhana,
tidak ada satu sinar pun
mendukung jiwa aku,
untuk mengheret aku
menemui bahtera cinta sejati...

Jasad aku,
kini terpaku tanpa persoalan,
tanpa keriangan,
tanpa keinginan sejati.
Nafsuku kaku,
Lidahku terkelu,
jasadku terpaku malu.
Malu pada diri sendiri,
Hati boleh dipermainkan,
sedang yang lain??

Mereka mampu berdansa kegembiraan,
pada satu paksi kesetiaan.
Wahai,alam ciptaan Ilahi,
Kau indah melakar kehidupan,
tapi aku???
Aku telah lama kehilangan kasih dan matlamat sebenarku,
aku hilang kasih seorang teman,
walau aku mempunyai teman,
aku hilang kasih seorang kekasih,
walau hati aku pernah dikasihi,
Saat ni,aku kaya dengan kasih dan kemesraan
keluarga,
tapi....
aku masih kehilangan kasih yang harus aku cari...
Itu saat ini aku meraba mencari sinar Ilahi,
kerana aku kehilangan arah tanpa
cintamu Allah.....:(

Aku iniginkan kebebasan yang suci,
tanpa satu hinggapan titik hitam sekali pun
Aku perlukan hidayah darimu Ilahi.!!

Namun,
Layakkah insan sedaif aku,
sekolot aku,mengapai mantera semahal itu?
Sempatkah aku menghidu kebebasan?
sempatkan aku menghidu haruman kasihmu Ilahi?
Sedangkan kini aku seperti ikan yang hidup di atas darat,
sedangkan rohku milik Ilahi yang abadi,
sempatkah aku,kembali kepada kebanaran?....

Yes, You Can...!


You can have it all. You just can't have it all at once...


Sabbda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Peliharalah Allah, nescaya Allah kan memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kalau kamu memohon, maka mohonlah kepada Allah, kalau kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa apabila umat ini berhimpun untuk memberikan kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kebaikan kepadamu kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu. Dan apabila mereka berhimpun untuk memberikan suatu kemudharatan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kemudharatan kepadamu kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran (amal perbuatan manusia) telah kering."

"SAAT NAFASKU HANYA MENYEBUT NAMAMU..."

Mendung mentari yang tadinya membahang telah berarak meninggalkan aku keseorangan,terdiam aku tanpa sepatah bicara....mencari sebuah nur yang hilang dalam hati yang terbuku tak terungkap bicara....Saat aku mula mengenal cinta,aku terlalu teruja dan taksub dengan cinta,bila aku kecewa,aku kecewa sehingga hilang segala semangat aku.

Kemana perginya??bertahun aku mencari cinta yang hilang,namun tak juga kunjung datang.....

Mengeluh tidak dapat menghilangkan gelisah,ada yang kata "insan,cukuplah kecewakan hati kau sendiri dengan cinta,cukuplah menghitung bicara cinta yang berakhir dengan kecewa yang memamah satu persatu jiwa engkau".....

Biarlah cinta itu datang sendiri........

Kicauan burung sentiasa membuat aku terkenang semalam aku, saat diawal perkenalan seperti tidak terlihat sembilu yang menyelit....namun dipertengahan rupenya sembilu memanah tanpa sebarang isyarat!!!itulah cinta....

aku pernah bermonolog,...."sungguh cinta itu hadir untuk aku dan dia,tapi...akhirnya aku yang kecewa..nak atau tidak... itulah cinta..."


Allah sengaja pertemukan aku dengan insan yang aku sayang tetapi,aku kecewa diakhir perjuangan!!!Allah sengaja pertemukan aku dengan cinta saat aku harus berjuang pada jalan yang lain,untuk mengajar aku erti kesusahan dan dugaan dalam kehidupan.

Insan itu tak pernah sempurna,menampakkan kita dengan kesempournaan hanya dari kaca mata nafsu semata-mata.

"huh!!!kadang-kadang aku mengeluh sedang aku tahu aku perlu menerima semua hakikat ini.."

Aku kerap berangan-angan untuk mengapai bulan dan mentari yang tinggi, sedang dahan pepohon pun belum sempat aku gapai!!! mencari nur disebalik rimbunan pepohon, terjumpa aku sarang kebahagiaan....terlihat bahagia dalam rimbunan gelapnya cinta.

Itu sia-sia sayang..

Aku lemahkan kepercayaan aku,hingga aku terduduk pada menyembah kaki aku sendiri,sedang aku tahu,aku tak perlu pada keadaan ini.


GELAP!!GELAP!!!GELAP!!!

Mana terangnya hidup dengan cinta.Siapa yang mampu berbicara tentang bahagianya cinta???

SIAPA?SIAPA?SIAPA????

LaIlahailallah...hina sangatkan aku???

Lihat disana...masih ada yang melambai cintamu...

Lihat disana masih ada yang berniat untuk kecewakan mu....


Lihat!!!!Lihat INSAN!!!!!!

DIsana juga masih ada insan yang mencintaimu...

Disebalik cermin mimpi aku melihat engkau....dan didalam engkau aku melihat aku,....

Ternyata kita adalah sama,

di arena mimpi yang penuh bermakna

"BILA BULAN BERSATU DENGAN MENTARI ,BAYANG-BAYANGKU HILANG DISELUBUNGI KERDIL NURANI."


hanya keyakinan yang dapat merestui hakikat cinta yang sejati...

Insan bergelar lelaki,saat aku gundah dengan persoalan hati,saat aku sunyi tanpa teman,...

Kau juga pernah satu ketika hadir dalam anganku...

tapi dulu aku juga berkata,tidak mungkin insan itu untuk aku,...

TAPI...............TAPI.....................TAPI...................TAPI.............TAPI.....................

Kau telah memesongkan semua tanggapanku,

Saat disini kita kembali bertemu,

Maaf sungguh pada awal aku dingin dengan pintamu,

tak berniat menyakiti hatimu...

tetapi kenangan semalam yang mengajar aku tawar dengan cinta...

sungguh saat ini Allah telah pertemukan kita,sungguh ALLAH Telah memberi kita peluang, sungguh Allah juga telah memberi kita ruang, sungguh ALLAH mengerti perasaan kita, sungguh Allah memberi dugaan buat kita,kita harus terima semuanya untuk kebahagiaan kita kelak....

walau raga terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat. HIDUPlah mekar seperti kuntuman mawar, walau ia layu pada esok atau lusanya... namun ia tetap menawan hati seorang insan ketika mekarnya, dan ketika mekar mawar itulah,aku juga hanya bernafas untukmu..........


BUAT INSAN TERISTIMEWA....NORWALID ISMAIL...:)

Wednesday, August 3, 2011

"kisah sedih untuk renungan bersama...."

Maafkan Abang Sayang..
Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya.
Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi. Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang.

Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita.
Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.

Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga. Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti.


Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu...

Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis- nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya. Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak- beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.

Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3
bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk
berderai.


"Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas."

Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.

Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini……. pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi. “Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus- teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda.


Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu. “Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia. ” Dalam saat- saat sebegini Farah masih dihatimu. “Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku ?” “Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan …” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu. “Bagaimana halal dan Haram Abang ?” Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. “Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.

” Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian."


“Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian. “Farah.. Farah.. ” Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku. “Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku. “Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang…AYAH. .” Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini.. “Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.. ” “Sayang … itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak. ” Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

“Kalau anak yang abang mahu, Nikahilah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu. ” Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya … “Tapi Abang… Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.. ” Tersentak suamiku. “Nanti Sayang …” Suamiku menarikku hampir padanya. “Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang, Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. “ Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya.

"Yang ada cuma ….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang."


dari kisah ini....aku sedar bahawa kasih sayang yang kita sulam biarpun bertahun lamanya...tidak mustahil akan lenyap dengan sesaat bila nafsu menjadi teman setia...andai kasih sayang hubngan suami isteri itu tidak mampu menjadi penentu kebahagiaan sehingga akhir hayat...hanya kekuatan kepercayaan, kekuatan iman dan toleransi itu penting....amatlahtakut untuk menghadapi masa depan..erm....:(