- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Wednesday, February 29, 2012

~SIKAP BUSUK HATI~

SALAM SAYANGGSSSSS~~

Hari ini teringin hendak bercerita tentang sikap BUSUK HATI. Sikap itu sesungguhnya mampu menjatuhkan sesama manusia, malah mampu membunuh juga. Jadi hindarilah sikap khianat itu. Ikhlaslah dalam setiap perbuatan dan tindak tanduk kita. Bukankah ALLAH itu MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI apa-apa yg bersarang dalam kalbu hamba2nya? Kita mampu menelusuri kalau seseorang itu sedang mengkhianati kita secara diam atau halus. Meskipun pemangsa sedang memaniskan wajah dan mulutnya. Kerana insyaAllah, yang sedang menjadi mangsa terganjar dengan naluri serta intuisi yang tajam di mana membuatnya berupaya bersiaga serta berwaspada.


Ikhlaslah kerana ALLAH, hiasilah telaga hati itu dengan kasih sayang sedingin air di kali, bukan bias, prejudis dan buruk sangka. Kerana kasih sayang itu akan berbalik semula pada kita. itulah ganjarannya yg akan kita perolehi. Bersikap pemurah, pengasih dan mengalah, nikmatnya sungguh manis. LAGIPUN BERAPA LAMA SANGATLAH KITA HENDAK MENONGKAT LANGIT, TAK LAMA MATILAH KITA DAN KE KUBUR JUGA AKHIRNYA KAN?


ANTARA KAEDAH membuang sikap BUSUK HATI :-


1. Tidak Banyak BicaraTerlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.


2. Jaga Emosi dan Nafsu. Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.


3. Selalu Mengingati Allah SWT. Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.


4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit HatiDengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.


SEKIAN....salam jutaan sayang.

Thursday, February 23, 2012

~WALIMATULURUS~



SALAM SEMUA....:)

Bismillahirahmanirrahim..

Sukacita dimaklumkan bahawa anda:

sahabat-sahabat baik saya....dan juga kenalan saya...

Dengan ini..saya dengan rasa rendah hati dan penuh takzim ingin menjemput kalian ke

MAJLIS PERKAHWINAN SAYA

yang akan berlansung di teratak kami di:

NO 355, JALAN GUNUNG DATOK 6,
TAMAN ANGSAMAS, 70300,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN...

Yang berlansung pada:

31.febuari.2012
(sabtu)

1.30 petang (bersanding)
11.00 pagi - 3.00 petang (jamuan makan)

Mohon maaf dipinta kerana lewat menghebahkan berita gembira ini...moge-moge kalian dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis yang tidak seberapa ini...

diharap kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Terima kasih,


Bismillah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami Memohon Kepadamu Agar Majlis Perkahwinan Ini Diberkati Oleh Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami Menadah Kedua Belah Tangan Untuk Memohon Agar Engkau Berkati, Rahmati Dan Redhai Pasangan Pengantin Baru Ini
Kurniakanlah Kepada Mereka Ya Allah Zuriat Yang Soleh Solehah Dan Agar Berkekalan Mempelai Ini Sehingga Ke Dalam Syurga.
Amin.

Wednesday, February 22, 2012

~SHARE~


salam semua!!!

xde ape nak dipost....sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan...lets cekidauddddd my fb status today...:)

"Terbaca satu artikel pasal peghijrahan....peghijrahan tentang sesuatu yang baik bukanlah sekadar berhijab..kadang-kadang ALLAH itu menganugerahkan satu penghijrahan pada hati seseorang itu....supaya lebih ikhlas dan bersih...melalui percakapan supaya lebih sopan dan tulus...melalui kehidupan mereka supaya lebih senang dan tidak sempit...mungkin anugerah ALLAH itu tidak diberi secara keseluruhannya...mungkin kurnia yang diberi secara beransur-ansur....kalau ALLAH beri hidayah untuk berhijab...maka bentuklah hati supaya lebih bersih...maniskan percakapan supaya tidak melihat kesalahan mereka yang tidak diberi kurnia...kerana semua kena sedar...mereka yang belum berhijrah itu mungkin satu hari nanti akan lebih diberi kurnia oleh ALLAH s.w.t...siapa kita yang nak menilai mereka???adakah kerana kita telah diberi hidayah..maka kita bersifat maksum???tidak kan...renung-renungkan...dan SELAMAT BERAMAL..." ~PEACE NO WAR~...(^_^)

YA ALLAH....

"Andai ku miliki semalam ... dan bisa aku ubah menjadi esok ... Tak kan ku ubah apa pun ... kerna aku tahu ... ENGKAU (Ya Allah) Tetap Indah ... tanpa sempadan masa ... dan ku bahagai se Ada-NYA ... Tangis ini tanda kasih ku ... bukan mengeluh duka yang semalam ... kerna ENGKAU mengasihi ku ... tiada sendu lagi ... di dunia ku ini. Aku tak dapat bayangkan ... sengsara yang harus ku tanggung ... Ji...ka KAU pilih perpisahan ... Tanpa punca yang meYakinkan ... aku akan tersasar ... mencari Cinta MU. Andai ... terhentinya masa (qiyamah) dan gunung jatuh ke laut ... KAU tetap ku Cinta ... kasih-sayang MU ... adalah keKuatan ... untuk menempuh segala ... dugaan yang tak terbayangkan oleh insan yang lemah ... (seperti kita) ... Sekali pun ... ku miliki esok ... tak kan ku menolak ... keTentuanMu Ya Allah..

Friday, February 17, 2012

~Bagaimana mencari yang sejati???~

ASSALAMUALAIKUM....

Terlalu lame kite x membincangkan sesuatu tajuk perbincangan di laman blog nana ini..hari ini...nana nak berbicara tentang bagaimana mencari yang sejati....

apa yang sejati??cinta???

sebenarnya nana x terlintas nak berkata mengenai cinta pun....kerana cinta bagi nana adalah satu perkara yang sangat fleksibel...jika kita inginkan cinta yang mengiringi kita itu sejati...maka kita perlulah menjadi pencinta yang sejati...kerana nana percaya bahawa cinta yang diberi ikhlas akan dibalas ikhlas....andaikata kita tiak memiliki cinta yang sejati walau telah menghadiahkan cinta yang ikhlas...maka redhalah kita...kerana ALLAH itu adil...

PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK....

(maka andai kita mengimpikan seorang lelaki yang baik....maka perbaikilah diri kita....supaya kita menjadi perempuan yangbaik untuk bakal pencinta kita...)

nampaknye...nana nih dah lar dari tajuk....pada dasarnye...tajuk entry nana kali ini adalah berkenaan bagaimana mencari teman atau sahabat sejati....

TEMAN SEJATI????

Teman sejati atau sahabat baik memang sukar dicari....kerana apa???kerana jika kita mencurahkan sepenuh hati untuk satu persahabatan itu pon....walaau seikhlas mana pun...andai kawan yang lain itu tidak membalas kasih persahabat kita itu...sesuatu ukhwah yang terjalin akan putus begitu sahaja...kan??

Sememangnya sahabat karib amat sukar dicari. Bukan semua gelak ketawa akan berkekalan. Kadangkala ia boleh berubah dalam sekelip mata sahaja.. Teringat sepatah ayat yang terhambur tiba-tiba ,


JANGAN TERLALU MENYAYANGI KELAK DIA AKAN MENINGGALKAN KITA...

JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI KELAK MUNGKIN DIA YANG MENIKAM KITA....

JANGAN TERLALU SETIA KELAKKAN DIA AKAN CURANG....

JANGAN TERLALU BERHABIS KELAK TIADA APA...


Mungkin ayat-ayat ini sedikit bersikap negatif tetapi sebenarnya had dalam persahabatan perlu ada. Perlu ada batas-batas dalam bentuk kepercayaan, kasih sayang, kesetiaan dan pengorbanan.

Walaubagaimanapun itu tak bermakna kita perlu mengasingkan diri. Persahabatan tetap perlu dijalinkan mengikut bentuk yang sepatutnya.. Ingatlah pepatah ‘rakan ketawa mudah dicari, kawan menangis tak siapa pun sudi ‘..

Terima kasih kerana sudi membaca.. Walaupun anda mungkin bukan sahabat saya namun tetap menghargai sokongan anda…

APEPON.....NANA SANGAT MENGHARGAI SAHABAT-SAHABAT YANG HADIR DALAM HIDUP NANA INI....

KASIH SAYANG KALIAN TIDAK AKAN PERNAH NANA LUPA HINGGA BUMI INI BERAKHIR SEKALIPUN...:)

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA SAYANGGSSS!!

Monday, February 13, 2012

~MERASAI KEHILANGAN ITU LAGI...~

ASSALAMMUALAIKUM....

erm....macam dah lame pulak blog nih x di update...hampir bersawang sudah....semuanya kerana hati yang gundah...tidah pernah membenarkan jari jemari ligat menari di papan kekunci laptop...isyarat yang diberikan oleh otak tidak mungkin dihalang....kerana kesedihan itu mengundang lagi....

hampir sebulan...ya....hambir sepurnama blog ini dibiarkan sepi...begitu juga hayat hati ini berasa gundah gulana...keresahan...kesedihan...dan kegusaran....sepanjang kesibukan meredah highway SEREMBAN-MELAKA sepanjang bulan yang lalu....keresahan dan kegusaran itu terjawab dikala sekali lagi perjalanan meredah lebuhraya itu....

tepat jam 7.30 pagi....sedang nana memandu dengan penuh kerisauan di hati..memerhati insan yang disayangi yang berada di sebelah yang tidak berhenti berdoa semoga keajaiban berlaku....satu panggilan telefon seakan-akan meragut satu pengharapan yang tidak pasti....insan kesayangan itu hanya menerima perkhabaran itu dengan tenang...namun, kebisuan yang dipancarkan tidak melakar ketenangan di hati ini....nana seakan-akan dapat merasakan sesuatu yang bakal diluahkan itu akan mengundang satu perasaan yang amat pedih dan perit....dan saat dia meluahkan....


"mummy...mak dah tak ade...."


perkhabaran itu seakan angin lalu yang menyapa...aku masih mengharapkan ayat itu disambung walau aku pasti...ayat itu sudah sampai ke titik noktahnya....hati ini bermonolog sendiri...

" betulkah apa yang aku dengar???mengapa sekarang???mengapa mak tak tunggu kami....kami dah dekat mak.....dah dekat nak sampai...."

namun, monolog itu tidak pernah terluah....insan kesayanganku masih diam membeku....apa yang dirasainya sekarang???mengapa tidah terluah apa-apa dari bibirnya??/lantas...aku menoleh....betapa sayu hati ini...airmata yang ditahan-tahan sedari tadi tumpah jua....melihat airmata insan kesayangan yang merembes keluar bagai tidak ditahan-tahan...aku pasti...dia berada dalam keadaan yang sangat pedih.....Ya ALLAH...kau berikan aku kekuatan untuk menjadi penguat dirinya....walau aku tidak yakin untuk menjadi kuat buat diriku sendiri...tetapi..KAU kuatkanlah hati dan semangat ku untuk menjadi tulang belakang bagi dirinya kini....

"daddy....sabar banyak-banyak....kuatkan semangat....ALLAH lebih sayangkan mak.."

" mummy...mak dah tak ade...daddy dah tak ade mak..."

rintihan itu ribut taufan yang merobohkan benteng kekuatanku....apa yang mampu aku buat???kesdihan itu jelas terpancar dari segenap ruang matanya.....

"mummy....tak payah la bawak laju sangat...slow sikit...."

hanya itu yang diluahkan padaku....namun aku tahu...betapa dirinya tidak sabar ingin memeluk mak...begitu juga aku...seakan-akan mak masih menanti kunjungan kami....namun...segalanya telah ditentukan...sekali lagi lebuhraya itu menjadi saksi susur perjalanan hidup kami....

HOSPITAL MELAKA...

melangkah ke bilik ccu yang menempatkan arwah mak membuatkan aku perlu membina benteng yang lebih kuat untuk insan kesayanganku...namun, setelah wajah mak tergambar di depan mata..tubuh yang kaku menyambut kedatangan kami...aku mula sedar bahawa benteng kekuatan itu tidak mungkin bertahan lama...kehadiran abang disisi jenazah mak menyambut insan kesayanganku dengan satu pelukan...YA ALLAH...kau kuatkanlah aku....

"Lid....mak dah tak ade...mak senyum lid...senyum mak pergi lid..."

YA ALLAH..besar mukjizatMU ke atas insan yang kerdil ini....betapa manis wajah mak...seakan-akan mak gembira dengan kehadiran kami di sini...senyuman mak itulah yang meruntuhkan benteng kekuatanku pada ketika itu...lantas...air mata itu aku biarkan mengalir membasahi pipi ini...

"mak...andai pemergian mak ini menamatkan rasa sakit mak selama ini...pergilah mak...nana pasti...mereka akan menerima ketentuan ini dengan redha..."

"mak..alid ngan abang ade nih...alid ngan abang urut kaki mak macam biasa ye...mak lenguh2 kan??"

Ya ALLAH..ungkapannya itu...bagai sesuatu yang amat sayu aku rasakan...KAU kuatkanlah semangatnya YA ALLAH...doa itu sering meniti bibirku dikala ini...

"Alid...pegi amik wudhu.."pesan seorng abang pada seorang adik merobek kesayuanku...ya..aku bertambah sayu..tatkala abang mengalunkan lagi ayat-ayat suci itu di sebelah pembaringan MAK..betapa beruntungnya mak memiliki anak soleh seperti mereka...

Saat jenazah mak di sorong ke bilik forensik...kaki mengikuti dengan lemah dan mungkin tidak mampu melangkah sekiranya REDHA itu tidak hadir..ketenangan wajah abang dan insan kesayanganku dikala itu menyedarkan aku betapa tenang mak pergi selepas die melahirkan mereka yang soleh ini di muka bumi ini...YA ALLAH ya tuhanku....semoga bahagia yang KAU berikan pada mak di sana....

sepanjang perjalanan ke rumah...aku dan abang disisi jenazah mak tidak berhenti mengalunkan ayat suci itu lagi...semoga bacaaan kami lebih menenangkan mak di sana...namun, hati masih dalam kerisauan dan gelisah..tatkala memikirkan insan kesayanganku memandu bersendirian mengiringi van jenazah yang kami naiki...tidak pernah putus-putus doa aku iringi semoga dia kuat mengharungi dugaan ini tanpa aku disisi menjadi penguatnya sepanjang perjalanan itu....

kolam air mata ini tumpah lagi....tumpah buat kesekian kalinya tatkala aku melihat saat jenazah itu dibawa turun ke rumah...saat ayah hampir jatuh kerana kakinya yang longlai menyambut ketiaan jenazah isterinya yang tersayang..kesedihan tergambar dikala itu apabila ayah seakan-akan tidak percaya bahawa mak telah pergi meninggalkannya di dunia ini...

"Ya ALLAH....zah...kau pergi dulu zah...cepatnya kau pergi..Ya ALLAH..."

kami tidak mampu berbuat apa-apa...kami hanya mampu menonton babak itu dengan air mata yang berjuraian...kehadiran anje sebagai sahabat baik membantu mengutakan semnagatku dikala itu...TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA SAHABAT...

usai segala urusan pengebumian...sekali lagi hati ini dihambat sayu..pusara itu akan dibiarkan sepi disitu...tidak munkin akan dikendong menyusuri hidup ini lagi...segala pengharapan...impian turut terkubur disitu...MAK...amanlah mak disana....

"My...bawak kete...dy pening sangat..."

Ya...suara itu...suara itu hadir lagi dengan kesayuan yang amat pasti...xkan aku lupa wajah yang menyambut jenazah maknya di dalam liang lahad tadi..wajah penuh kesayuan..wajah penuh kesedihan...dan wajah penuh pengharapan agar semua yang berlaku ini hanyalah mimpi mainan tidur...tapi yang pasti..inilah realiti..realiti yang amat pedih n perit yang perlu dihadapi...sekali lagi...hati ini bermonolog...dan selamanya untuk dia..

"Ya ALLAH ya tuhanku....kalau ini dugaan yang kau berikan padanya....maka aku mohon padaMU ya ALLAH...kau kuatkanlah semangat dan kau teguhkanlah imannya untuk menghadapi kedukaan ini..kau lapangkan hatinya supaya keredhaan terpancar di dalam hatinya...aminnnn..."

nukilan hati buat insan yang sentiasa di ingatan....

MAK...

(walau nana bukan lahir dari perut mak...sesungguhnya nana terlalu sayangkan mak....setiap bait-bait kata dari bibirmu akan nana kenang sampai bila-bila...mungkin nasihat dan amanat itu tidak akan nana dengari lagi...namun, ia akan terpahat di ingatan dan hati ini....dan satu lagi..nana janji pada mak...nana akan menyayangi anak mak sehingga akhir hayat nana...akan nana cube sedaya upaya untuk membahagiakannya...kerana nana pasti..kekuatan dirinya ada pada nana...seperti yang mak pernah kata....)

"walid sayangkan nana....dia ada nana jek...percayalah....n mak sayangkan nana macam anak sendiri...."


AL-FATIHAH....


~NORSEAH BT HARUN~

BAHAGIA DAN TENANGLAH MAK N WAN DISANA...


"semoga my en.daddy tabah da kuat menerima takdir ini...aminnn.."