- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Tuesday, April 24, 2012

"CintabukanpaksaanSayangbukanmainan"



Asssalammualaikummmm.....W.B.T

erm....tiba masanya membersihkan sawang-sawang yang agak dah menebal dalam blog nih...hihihi...

harini..sebenarnya masih tiada kata indah untuk dicoretkan...sekadar bebelan alam maya yang dihasilkan dari kelincahan jari jemari menari di papan kekunci...hihihi....

cinta itu bukan paksaan???mungkin siapa sahaja akan mengatakan cinta itu sepatutnya hadir sendiri tanpa dipaksa..ianya tidak dipinta hadirnya..tidak juga direla pemergiannya...namun....siapa yang dapat membuktikan bahawa cinta itu bukan paksaan???

zaman ini...budak yang masih menyarung uniform sekolah juga sudah mula mengosongkan ruang hatinya untuk insan yang bergelar kekasih...sudah mula mengabiskan duit mak ayah sekadar membeli "topup" untuk mengulangi super saver setiap malam....sudah mula berani menunggu bas sekadar ingin bersama berjalan-jalan berpimpin tangan sang kekasih di bandar...malah..mereka sedikit pun tidak memikirkan masa depan apabila kemaruk cinta bersama sang kekasih...pelajaran di tolak ke tepi...harapan ayah ibu yang menggunung tidak diendahkan lagi...kerana apa???KERANA CINTA BUKAN PAKSAAN???

memang sayang itu bukan mainan....hadirnya kasih dan sayang juga tidak sepatutnya dijadikan permainan...andai sayang dinodai...kekecewaan melanda diri...iman juga bakal ditolak tepi..ayah ibu juga bukan penguat diri...semakin sayang dan kasih itu diletakkan pada yang betul tempatnya....supaya sayang itu tidak menjadi bahan boneka..

memang CINTA BUKAN PAKSAAN....dan memang SAYANG BUKAN MAINAN....
namun, hadirnya cinta bukan memaksa kita menjadi pencinta yang salah.....dan putik sayang di dalam hati bukan menjadikan kita sebagai sang kekasih yang sanggup dinoda dan menodai....

jangan kerana CINTA BUKAN PAKSAAN DAN SAYANG BUKAN MAINAN...

maruah diri digadai
anak yang tidak berdosa di buang...

BANGKITLAH!!BANGKITLAH ANAK MUDA KINI..

kerana hari esok bakal dibentuk oleh andaa....

ingat...ANDAI CINTABUKANPAKSAAN DAN SAYANGBUKANMAINAN itu berlandaskan syariat yang betulll....pastinya bahagia yang diraih iu abadi....insyaallah...:)

A WOMAN SHOULD BE MORE CONCENTRATE!!

one of the most wonderful thing about a woman is how much they ACTUALLY care about making the first impression.
BEING the grand entrance.

untuk itu--
mereka begitu sanggup berhabis segala untuk bercantik2 dan bermolek2. setting rambut beratus ringgit. atau kalau berhijab bukan main kainnya siap kerongsang bagai diselit2. wajah dipalit warna kemas. pakaian rapi digosok keras.

masalahnya--
all they care--
is making that FIRST impression.
or the second.
or third.

masuk tahun kedua perkahwinan--
JAHANAM.

selekeh, serebeh semua tak peduli.
"so what. ai sudah ada laki"

(-____-")

suami adalah lelaki.
dan lelaki adalah selamanya budak kecik.
mereka sentiasa suka mainan baru.
kenapa, agaknya, kau rasa mereka suka main robot2--
dan perempuan suka main mainan yang SAMA--
bertahun2 tak pernah jemu?

budak lelaki--
main robot sampai jahanam,
beli baru tak ada hal.
budak perempuan--
main patung sampai bertahun,
sampai tercabut anggota tetap kawan berbual.

lelaki SUKA benda kemas, bersih.
WALAU dia yang lasak sampai berkecah.
perempuan TIDAK PEDULI buruk serepih.
ASAL dia sayang, semua dia tidak kisah.

learn.
learn to find that point in the middle.
meet each other half way.


marriage is work.

orang tua2 kata,
sebelum kahwin,
lelaki macam orang gila nak pastikan perempuan yang disuka jadi miliknya.
selepas kahwin,
kerja perempuan untuk jadi gila memastikan lelaki dinikahinya terus miliknya.


tak usah sibuk dengan benda "nak aku jadi isteri pandai masak-- kau tu bukannya reti jadi imam" PEBENDE yang dikongsi2 itu. kenapa kita perlu jadi pasangan tidak ikhlas dan mengharap 'adil' yang terpesong itu?

"kau nak aku sekian sekian sekian, kau kena jadi sekian sekian sekian"
that is CRAP!!

marriage IS work HARD.
tolong BERHENTI percaya gula2 filem hollywood tentang magik dalam perhubungan.
harap sangat lelaki2 macam aaron aaziz itu wujud.
hadap sangat suami2 macam fakri dalam ayat2 cinta itu hidup.

dik,
dalam filem,
MEMANG lelaki yang sujud dahi menyembah wanitanya.
masalahnya--
perbuatan 'sujud' itu pun sudah tak ada logiknya.

kalau nak suami sempurna--
kita KENA sempurna dulu.
dan KALAU kita sudah sempurna--
dapat suami jauh dari itu--
kenapa naik hantu?

dapat suami jahat?
ASIAH pun dapat FIR'AUN
dapat suami mulia?
isteri NUH macam apa???MALAUN??.

tak ada matematik dalam perkahwinan.
kita jadi terbaik, suami macam iblis.
dapat suami terpuji, kita macam najis.

semua taqdir tuhan.
DAN kerja keras.
semua benda dalam hidup ADALAH kerja keras.

make EVERYDAY a new day.
make that every new day something new.
BARU kau rasa karen2nya.

dah 5 tahun kahwin pun, perlu ada malu2.
baru suami seronok hendak usik2 kacau2 malu itu.
kalau jenis baru masuk setahun sudah serebeh tak ada segan--
jangan mengaruk kalau sang laki angkat kaki cari perempuan.

memanglah nasib juga.
rasa dah buat segalanya, tapi tetap dia ke sini-sana.
itu kerja tuhan kita--
setiap rezeki taqdir yang ada.

tapi aku selalu pegang ini--
when we say 'we did everything'--
how SURE are you--
we ACTUALLY did everything?

sebab--
kita cuma pandai kata.
deep inside--
kita tahu kita bagaimana.

:)

apa kata,
hari ini kita buat something EXTRA untuk mereka.
start this game.
doing this SUDDEN cute thing-- apa pun jua--
di hari ini yang bukan apa2.

TAPI--
JANGAN harapkan mereka akan balas perkara sama di bila2.
kalau tidak--
tak jadi.

cuti separuh hari, balik, kemas rumah dan masak makanan kegemaran dia ke.
beli gift voucher untuk brand kegemaran dia ke.
apa sahaja-- yang penting-- BUKAN benda yang KAU suka--
tapi DIA yang suka.
(sebab aku tau banyak perempuan paksa pasangannya suka APA yang dia suka-- macam tengok wayang, atau main bowling, seumpamanya)

do it.
and see how he sparkles.
nak tengok sangat magik, kan?
itu--
dalam mata dia.

:)





-ATAS PENGALAMAN MAKCIK-MAKCIK..KAKAK-KAKAK..IBU-IBU DISEKILILINGKU...- <--mereka pun menyetujuinyaa..:)