- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Sunday, October 31, 2010

madah pujangga...

madah pujangga hidupku..

Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.

Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.


Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.

Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.

Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.


Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

moge2 ianya boley digunakan dalam kehidupan seharian kite...

princess of heart~

~semakin hari..semakin lupe...~

Hmmmm….nampaknya aku semakin melupakan blog ini. Banyak kisah cinta ingin dikongsi tetapi jejari malas menaip. Kalaulah isi hati aku ini boleh dirakamkan dan diautomasikan menjadi susunan ayat-ayat blog kan senang...

Setiap hari kita mendengar kisah-kisah cinta yang pahit. Jarang aku mendengar kisah-kisah cinta yang indah sekarang ini. Dalam blog juga aku banyak bertemu nukilan yang sedih memilukan. Ataupun Tuhan ingin aku melihat dan menyedari bahwa bukan aku seorang yang berdepan dengan masalah cinta?

Adik-adik…kecewa cinta di alam bujang tidak sesakit kecewa cinta di alam perkahwinan. Dulu kalau kita benci dan sudah rasa tidak sehaluan maka kata putus diucapkan. Bila hati meronta ingin kembali…pujuk si dia kembali. Kalau si dia masih sudi maka cinta kembali bersemi. Tapi di alam perkahwinan….benci,meluat,sakit hati…terpaksa dipendam dalam-dalam. Takkan semudah itu perkataan cerai dilafazkan? Takkan semudah itu cerai dipinta? Anak-anak harus difikirkan…

Kata pakar motivasi kegemaran aku…bila mencari teman hidup carilah yang serasi. Tetapi terkadang keserasian itu boleh hilang bersama masa dan keadaan. Maka segalanya terpulang pada kebijaksanaan kita…pada akal waras kita…untuk kembali mencari keserasian itu.

Kecewa….memang memenatkan. Kecewa pada cinta si dia tapi hati kita masih inginkan dia. Tidak dapat menerima segala perlakuan dia pada kita tapi hati masih tetap cinta.

Usah terlalu berkepit dengan si dia. Kadang kita tak bosan tetapi si dia bosan. Sesekali jarak boleh menambahkan rasa cinta dan rindu. Tapi jangan sampai si dia penat menanti. Takut dia mencari yang lain untuk menghiburkan hati.

Masa untuk tidur. Semoga cinta kita tahun ini semakin dewasa. Guna akal, jangan dipandu perasaan. Tiada siapa bole menasihati kita jika hati kita sudah ke arah yang salah. Teliti pro dan kontra sebaik mungkin kerana sekali salah pilih kita akan menanggung akibatnya berjuta-juta kali.

Salam sayang…

princess of heart~~

Tuesday, October 19, 2010

insyaallah...

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lostT
hat your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in
HimRaise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way

Insyaallah.....

"kosong"

kala ini..hati rase kosong tanpa penghuni...yang melangkah hanya jasad yang tnpa perasaan..kemana hilang perasaan itu aku sendiri kurang pasti..naumn, yang aku pasti...aku jadi kurang peka kepada keadaan sekaliling....aku kurang peka kepada yang menjeling penuh hasad....aku kurang peka kepada yang tetap setia mengambil berat...namun, perasaan itu hilang...hilang kerana hilang juga kasih sayang yang aku damba selama ini....aku harus kuat..kuat melaluinya kerana aku pasti...Allah itu pasti ada...Allah itu pasti mendengar rintihan ini...namun aku x pasti....salah aku yang menyuarakannya...atau salah aku yang mengharap keadilan itu??/andai lidah aku terlalu bisa....maafkan aku....tapi....cukuplah aku pinta kalau kau bayangkan kedudukan ku ini kau yang rasa....mahukah keadilan yang kau damba???aku salah....aku betul...aku juga tidak pasti..namun, aku sedar kesilapanku...diharap...kau juga begitu....

Ya Allah...aku sayangkannya....
hanya Dia yang aku ada...ikatan darah ini tidak akan putus sehingga kiamat menjelma...
namun,. tidak sanggup aku laluinya lagi....
Ya allah..andai pemergianku dari dunia ini mampu mengubahnya....Kau tariklah nyawaku...
Ya Allah..kembalikanlah dia dalam hidupku....moge aku dapat kecapi bahagia yang tidak pernah aku bayangkan dek akalku...aminnn...