- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Monday, December 24, 2012

~B.A.H.A.G.I.A~

ASSALAMMUALAIKUMMMMMMM...:)

hye semuaaaaaa....ape khabar semua pembaca.....wahhh...blog berabuk macam blog nana nih pon masih ade pembaca yang sanggup singgah...bile check chatbox dekat tepi tu...kembang kuncup lak diri ni....macam x jejak bumi...mane x nye...perasan la yang orang suke bace blog ni...hihihihihi...apepon...

TRIMASSSS!!!!! kepada yang sudi singgah dan mengahbiskan masa dengan blog ni....

ALHAMDULILLAH....

Hari ini...nana diberikan kelapangan dalam meng'update' blog yang macam dah lame dibiarkan sepi ini...

maaf readers!!

Serumpun maaf  kerana lame dah x jenguk blog ni....kesibukkan menjalani kehidupan membataskan masa untuk menulis lagi...SIBUK??iye....sibukkkk sangat2...lately...kehidupan dijalani dirasakan sangat padat. masa sangat mencumburui nana...cewahhhh..namun, kehidupan padat...sibuk...kurang masa...nana tetap tersenyum..kerana apa??kerana kebahagiaan itu sentiasa muncul..

ALHAMDULILLAH...

BAHAGIA??

apakah definisi bahagia yang nana maksudkan???erm..bagi nana...kebahgian itu bukanlah ada pada padatnya poket dengan wang ringgit...bukanlah pada kesempurnaan paras rupa yang diberikan...dan bukanlah juga pada kemewahan yang kita laburkan di dalam hidup ini...TETAPI....

BAHAGIA nana adalah pada kemewahan kasih sayang yang nana dapat dalam dunia sehari-hari nana...ketenteraman dan ketenangan jiwa yang nana dambakan setiap hari..keriangan dalam setiap gerak geri nana bersama orang-orang yang tersayang...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH....
kau kurniakan nana orang-orang yang sangat menyayangi nana...kau kelilingi nana dengan mereka-mereka yang terlalu banyak kasih sayang untuk diri ini...TERIMA KASIH YA ALLAH...

tahun 2012 akan menutup tirainya tidak lame sahaja lagi...hari berganti hari...tahun bertukar tahun...namun, kasih sayang itu tetap utuh berdiri di situ...walau badai melanda...walau bergolak jiwa raga...sedikit pon tidak akan mampu merobek sedikit pon nilai kasih sayang itu...kerana apa???kerana bila hati hanya menginkin bahagia...maka kasih sayang sahaja yang menjadi penguatnya...

sayangku...
JANGAN kau impikan kemewahan...kelak apabila wang di dalam poketmu kering..maka bahagia tidak lagi akan muncul...
JANGAN   kau mengimpikan kecantikan luaran sahaja...kerana apabila kecantikan itu hilang dimamah usia...bahagia juga akan hilang dengan peredaran masa..


TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG INI SAYANG-SAYANGKU...
dengan kasih sayang inilah aku masih mampu berdiri dengan TERSENYUM...

adanya kamu semua disisiku...
maka aku faham apa itu BAHAGIA...:)





Tuesday, October 30, 2012

Mintalah yang hanya Membahagiakan kamu di SANA...:)


“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami, Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu, Yang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu, Yang rela syahid di jalan-Mu”

 Tak pernah menyebut sebuah nama dalam memanjatkan doa kepada Allah SWT, Sebagaimana sebuah pesan yang indah :
“Mana lelaki baik yang kamu tunggu-tunggu itu?
Yang menutup pendengarannya dari hal-hal yang haram,
yang menundukkan pandangannya dan yang mencari wanita yang baik,
melalui jalan yang digariskan?
Lelaki itu namanya tidak tercatat dalam ingatanmu,
Juga tidak alamat,atau nombor telefonnya.
Ia hanyalah deretan sifat-sifat yang jika terdapat pada seorang lelaki yang melamarmu,
Maka dialah calon suamimu..

Cinta seorang muslimah mahal harganya
Hanya akan dilabuhkan cinta pada seseorang yang diredhai Allah SWT,
Hanya boleh dibeli dengan sebuah mitsaqan ghalizan
Hanya dengan akad nikah yang indah
Yang disaksikan oleh Allah SWT dan malaikat-malaikat-Nya, keluarga, dan sahabat

Wanita dicipta bukan untuk dikagumi banyak lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki.. Suami.
Suami adalah anugerah dari Allah SWT untuk meraih syurga-Nya
Seorang wanita boleh memasuki pintu surga,
Melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya,...
dengan apa????
Cukup dengan 4 syarat saja, iaitu :
Solat 5 waktu, puasa di Bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya

BERDOALAH KITA BERSAMA...SEMOGA KITA SENTIASA BAHAGIA DENGAN KELUARGA YANG KITA BINA...:)

"YA ALLAH, Engkau jadikanlah keluargaku seperti syurga sebelum syurga Yang Maha ESA...jadikanlah rumahku Masjid untuk MengingatiMu...Sumber ilham dan ilmu...sumber ketenagan...Ya ALLAH...Engkau Jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku....AMINNN..."

Thursday, October 4, 2012

~WARKAH BUAT SAHABAT-SAHABAT~

Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.
Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.
Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Are you still remember our silly pictures in your laptop? I've mine too and it just makes me wet in tears. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.
"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."
 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.
Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.
Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.
Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
nana...:)




DEDICATED TO: SEMUA SAHABAT YANG PERNAH MENGENALI DIRI INI..:)

Thursday, July 19, 2012

BUAT YANG TELAH PERGI...

aminnn.....
lembaran terakhir surah yasin itu ditutup dengan perlahan....air mata yang tumpah sekali lagi tidak mampu dibendung lagi...ingatan itu tumpah lagi buat arwah insan kesayangannya...
nisan yang hanya sepi berdiri itu ditatap lagi dengan penuh sayu...tiada lagi keriangan...tiada lagi kemanisan kehidupan bersamanya lagi..kerana takdir ALLAH telah ditetapkan bahawa insan kesayangannya tidak akan lagi meneman setiap langkah dirinya selepas ini...
derap kaki longlai kian melangkah pergi meninggakan pusara itu diam menyepi di situ....

"atuk..nenek...mak...ramadhan datang lagi..tiba masa untuk atuk..nenek...dan mak datang melawat kami....datanglah....nana sambut atuk..nenek dan mak dengan setiap ayat-ayat suci yang nana tuturkan..insyaallah..."

SELAMAT MENYAMBUT BULAN YANG PENUH BARAKAH....

RAMADHAN AL-MUBARAK...




~TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA~

ASSALAMMUALAIKUM...

HYE semuaa...!!
haaaa..amekawww!! dah lame tak updates..harini nana updates skali banyak...hihihi..dah tau dah..mesti ramai yang tertunggu-tunggu...(hihihihi...sila cari sinki untuk muntah ye...)
updates yang ni tak de pe nak cite pon...just nak ucakan terima kasih pada insan yang tersayang jek...hihihi..sape lagi kalau bukan MY INCIX DADDY...hihihi..:)

ohhhh...meluat ker bace entry kali ni???ade aku kesahhhhh??tak nak bace sile pangkah di penjuru kanan screen komputer anda ye...huhuhu..tak pakse suh bace pon..apesal gedik sangat  bace kan??soriiii..

last three days...iaitu bersamaan dengan hari isnin aritu....bangun pagi dengan rase berat hati sangat nak pegi keje sebab badan tak berapa nak sehat...hidung rase sempit nak bernafas sebab selesema...tekak dah macam ratu rock ella bile bersuara...n yang paling tak tahan...kepale berdenyut-denyut macam nak pecah pulakk....aduhhh..kalau nak ikutkan hati...memang nak jek tepon opis amik MC...tapi tau-tau jek la kan..teman memang tok gemor lerr nak MC- MC ni...setakat 5 tahun bekerja...aritu jek 2 hari nana amik MC sebab betul2 x larat nak pegi keje...

selalunyer..bile orang sakit die pegi mane???HOSPITAL KAN???TAK PUN KLINIK?? kannnn..tapi kalau dah namenye Farhana Syafawati Bt. Kamaruzzaman...memang tak la nak pegi jumpe En.Doktor...tak tahu kenape..sejak kecik...manusia yang paling tak gemor teman Jumpe ialah DOKTOR...sampai la dah besor ni....so...teman amik keputusan takyah la pegi klinik tuh..buang mase jek....tahan je sakit tuh...bukan teruk pon....(kete ko tak teruk????)

so....nak dipendekkan cerita...en.daddy saye nih palingggglah tak senang duduk kalau teman nih sakit...sebab ape???sebab die puas pujuk pegi klinik...tapi teman memang tak nak...kesian plak teman bile teman pikiorkan die..hihihi...

so...pulang jek bekerja hari senin itu...teman terus pengsan tak sedar diri sebab badan rasee tak larat sangat...teman ni dah simapn demam tuh seminggu..haa...jadi..pulun abislah tido...(tak larat kate ko!!)

malam pon tibe....en..daddy datang rumah secara tiba-tiba sekadar menghantar ubat untuk temannn.,...(wahhh....satu lagi hal....teman ni tak suka makan ubat...) <---sebab ubat tuh x sesedap pizza hut...hehhe..
tapi...mengenangkan bersusah payah la en.daddy kesayangan teman tuh datang menghantarkan ubat itu...dengan pesanan-pesanan yang tak lupa suruh makan..teman makan lah..hiiii...
heeee.....teman sehat pada keesokanharinye tau!!

alhamdulillah...



image menunjukkan ubat yang dihantar bersama mesej didalamnya...wahhhh..terharu sungguh..

TERIMA KASIH DADDY!!

*sile klik pada image untuk tumbesaran...sekian...:)

~Dari lensa ke diari maya...~

HYE!!!
haaa....seperti yang dijanjikan....lets enjoy serba serbi suasana ulangtahun kelahiran nana yang lepas....:)
CEKIDAUDDDDDD~~~



TOK DALANG!!!
~My Incix Daddy yang tersayang...~


DENGAN KAWAN SUBAHAT!!
~My Incix Daddy wif Abg Krol...(OP)~


IBU DAN AYAH TERSAYANG
~Juga bersubahat sama untuk membahagiakan nana hari itu~


RAKAN KONGSI SUHABAT JUGA...
~My Luvly Sister...~



KEK HARI JADI NANA



NANA  AND DA CAKE...:)
~Terharu dikellilingi mereka-mereka yang disayangi...~



MY FAVOURITE DISHES
~Ikan siakap 3 rasa..~




THE BIG FAMILY OF MINE...
~Sangattttt bahagiaaa...~





DAPAT ADIAHHHHHH....:)




EXCITED NAK BUKAK ADIAH...:)
~Berdebar-debar pulak ati..hee...~


TARAAAA..MY PRESENT...
~Daddy memang memahami hobby street candid saye....~


DADDY MELAYAN SI GEDEM (my beloved brother)


A KISS FROM MY CUTE BRO..



GEDEM BULI ABANG K-ROL...:)


IBU YANG PALINGGGG CUN!!


A VERY BIG THANKS TO YOU DADDY....MUMMY WILL REMEMBER THIS MOMENT UNTIL THE END...:)





* SPECIAL THANKS TO ABANG K-ROL (OFFICIAL PHOTOGRAPHER FROM KHAIROLAKMAR LENSTYLE) HIHIHI...:)




ULANGTAHUN KELAHIRAN...:)

ASSALAMMUALAIKUM....


hye peeps!! ape kabar saudara saudari...cikeboom..cikeboom..hihihii...
erm..waaaa...nampak sangat la nana nih memang tak ammpu nak jadi bloger tegar seperti yang diidam-idamkan selama ini...hihihi..mane tak nye...agak-agak macam dah sebulan sekali plak tak update blog sendiri..erm....

maafla ye...mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan kehidupan sehari-hari sehingga lupa dengan diari maya yang kadangkala dibiar sepi ini...(cewahhhhh..ayat macam sibuk bebnor la plak kannn...) nak kate sibuk sangat sehingga tak ade mase tu idok lerrr...tapi buat-buat sibuk macam terpakse menguruskan suami dan anak yang berderet-deret tuh ye kottt..hahahaha...(padahal diri sendiri pon belum dipinang orang...:)

haaaaa....entry kali ni just nak cite sket jekkkkkk...(sket????ok2..janji...skettt jekk..)
hehe...sekarang dah masuk pertengahan bulan tujuh, atau lebih dikenali sebagai bulan julai...tapi entry kali nih yang dah backdated sebenarnye nana nak cite pasal BIRTHDAY CELEBRATION yang dah direncanakan oleh orang-orang yang tersaang keliling nana....waahhhhh.bertuah sungguh kan??terasa diriku begitu beharga....(cewahhhh..cam iklan LOREAL la plakkk...)

haaaaa....nak dijadikan ceritaaaaaa....

tanggal 29.jun 2012  genaplah ulangtahun kelahiran nana yang ke 24 TAHUN...yawww!!tua sudaaa...(yang penting x sorok umur macam sestengah orang buat....) hahahha...erm...tepat pukul 12.00 am on the 29.of JUNE 2012...my incix daddy telah menjadi orang pertama yang MENG "WISH" birthday nana...heeeeee....(terharu sekejap...) bila handfone menjerit mintak diangkat malam tuh..nana macam segan nak angkat sebenarnye....(sebab dah tahu yang mesti Daddy nak "wish" my birthday....heeee....) so tekan jek punat hijau  tu.....kedengaran lah suara lunak merdu die menyanyi lagu...

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU....
HAPPY BIRTHDAY TO MUMMY....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....

"Happy birthday mummy....semoge mummy pnjang umur dan dimurahkan lagi rezeki..semoga ALLAH sentiasa merahmati mummy...daddy sayanggggmummy sangat-sangat..." 

saat mendengar suara nya menuturkan dengan begitu tulus tuh...waahhhhhh...tibe-tibe nana nak jadi DRAMA QUEEN...(mate dah bergenang air dah...tinggal nak meleleh jek...) hihihi..

" Terima kasih daddy...mummy terharu sangatttt....daddy tak pernah lupa...dalam 6 tahun mummy bersama daddy...mummy terasa begitu dihargai....terima kash tak terhingga...."


"mummy...daddy tak kan pernah lupa...itu janji daddy...tapi sori sayangg...daddy xde ape-ape yang istimewa unuk mummy.."

" daddy...mummy x pernah mintak apa-apa pun...sebab daddy lah hadiah paling bernilai yang mummy ada...terima kasih daddy..."



waahhhhhhh...that conversation will i remember until last....i promise that....sejak 6 tahun dia bersama nana....nana tak pernah dibiarkan tanpa ucapan ulangtaun kelahiran pada setiap tahun...
TERIMA KASIH DADDY!!

tapi...nak dijadikan cerita....ulangtahun kelahiran nana yang ke 24 itu tdaklah berakhir disitu sahaja....(cewahhh...cam nak best jek plak ayat kan???hahaha) 

nana pergi meneruskan tugasan harian seperti biasa pada siang hari jumaat bertarikh 29.jun .2012 itu...balik jek dari kerja...macam biasa..dah rehat jap..mandi manda..solat...perut mintak diisi...yelah...memangdah jadi kebiasaan makan petang..sebab tengahari n malam tak makan...(konon nak diet lahhh..tapibadan still maintan gumukss...hihihi...)

melangkah ke ruang dapur umah...betapa terkejut beruknya....bila tengok ibu tak masak plak hari tuu...adusshhhh..camne nak makan nih....erm...cari-ape yang boleh dimask nak makan...tapi rase macam malas plakkkk...huhuhu...tibe-tibe ibu bagitahu...yang hari tersebut ibu tak masak...sebab ibu n ayah ade hal nak keluar malam nanti....huhuhuhu....muke macam cool jek la kan..sebab takkan la nak marah plak...(padahal kecewa benor tak dapat makan..hihihi) sape suh malas??padan muke!

Lepas maghrib jek..dapat call dari my incix daddy...kate yang die kene g keje malam ni..ade operasi katenye...seperti biasa...tanpa syakwasangka..nana hanya berpesan padanya seperti biase jela....

"daddy bawak keta elok-elok...dah sampai bagitahu mummy ok.."

wah...trus jek rase macam bosan la plak...ulangtahun kelahiran itu berlalu begitu sahaja..hanya ucapan dari keluarga tersayang...sahabat handai...seperti biasa...teharu sangattt ada kawan-kawan semua...sebab setiap tahun nana dapat ucapan ulangtahun kelahiran sehingga mencecah ribuan ucapan...THANK YOU KAWAN-KAWAN (dah macam diva la konon kannn...:) )

erm..tibe-tibe...bermulalah episod yang dinanti-nantikan...ibu n k.long ketuk pintu bilik ajak kelauar makan...sbab ibu tak masa ari tu...nana pon pe lagi..tanpa berlengah..terus jek bersiap siap ala kadar sebab perut pon memang dah lapar...hihihi..

tapi...bila sume orang dah siap...abng kerol yang memerangkap sebagai tunang kak lng kesayangan nana tuh call mengatakan yang nana perlu tunggu dia datang sebab perlu terus ke hospital...katenye...my incix daddy terlibat dalam satu kemalangan....

Ya ALLAH...tersentap jantung hati...mane taknye...daddy memang on da way ke tempat kerja pon tadi...dan dia memang belum anta msg mengatakan yang dia dah smpai...erm...time tuh...dah tak senang duduk dah...tunggu abang kerol dah rase macam lambat sangat...mule-mule amik keputusan nak pergi sendiri jek...tapi dihalang oleh kak long sebab katenye kene tunggu abng kerol..(aduhhh..lambat plak die sampai..)


sesampai jek abang kerol..haaaa...time nih la kemuncak die...

nana terus masuk dalam kereta die...tapi time tuh..rase macam lambat plak abng kerol nih pergi salam ibu n ayah...ai..apelagi nihhh...time tuh..kak long tibe-tibe layan nana bercakap...xde plak nana syak apa-apa...(padahal..kak long pon bersubahat same...) 

tibe-tibe....jeng..jeng..jengggg.....

MY INCIX DADDY KELUAR DARI BONET KERETA DENGAN KEK HARIJADI SAYE!!!!

wahhhhhh..time tuh rse nak nangis pon ade..nak marah pon ade...eshhhh..ade ke wat prank macam ni..tak aci laaa....uhhhh...

pendek kate...in this case...

IBU...AYAH..KAK LONG...ABANG KEROL...N ADIK 
bersubahat nak kenekan nana.....huhuhu..terharu sungguh....

this celebration diteruskan di sebuah kedai makan si seremban 2...

malam tuh...kami trus makan dengan rase bahagia sagat-sangat....

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERINGGA :

IBU...
AYAH...
KAK LONG...
ABANG KEROL...
ADIK...

and especially,

DADDY!!...

THANK YOU SO MUCH!!

*Lets enjoy pic-pic malam tuh ye...(capture by KHAIROL KAMAROLZALI from khairolakma lenstyle...)<---on the nest entry...:)

Wednesday, June 20, 2012

~jangan kau bangga dengan hari ini...kerana engkau belum tau tentang hari esok...~

assalammualaikum....saudara saudari..cikebom..cikeboom...

hahahah...lame dah x menjengah laman diari maya ini ya...:) hari ini...xde ape nak dibebelkan...sekadar merenung silap diri yang kadang-kala menjadi tanda tanye...

nak dijadikan cerita...hati ini semakin parah pulak...nak tahu kenapa???hati ini semakin hari semakin dijengah dengan perasaan yang gundah gulana...nak difikirkan..semakin menjadi-jadi pulak hasutan syaitan durjana yang menghasut...kalau x difikirkan..semakin galak mata memandang akan situasi yang terjadi...jadi...sekadar merenung diri sendiri..andai punyai kesilapan dan kelemahan..sendiri baiki diri..agar tiada mata yang juga memandang sinis pada diri...:)


SUATU MASA DAHULU:

situasi pertama: 

"kak....cube tengok..dieorng nih due- due pakai tudung...kte due-due x pakai tudung...tadi ade orng yang dah tegur...orang wat bodo jekkkkk...pedulik hape oranggg..."

(di masa itu....tudungku menjadi bahan tawa....rambut rebonding dirimu menjadi kebanggaan keayuan wajahmu..kecantikan yang ALLAH berikan seakan-akan kebanggaan untuk dirimu yang patut ditayang...)

situasi kedua:

"Esh....makcik nih...sume bende die nak tegor...bapak aku pon x tego aku macam tuh tau....suka hati aku laaa...nak pakai macam mane..nanti dah tibe mase....dah dapat hidayah...aku pakai la tudunggg..eshhh..sbukkkk jekkkk..."

(teguran yang diberikan seumpana duri yang menikam..aku hanya mampu memandang...kerana aku tahu...ALLAH itu maha mengetahui akan umatNYA...mungkin ALLAH itu mempunyai rencana yang terbaik untuk dirimu...insyaallah...)

KINI:

situasi pertama:

"Buat wanita di luar sana...ubahlah koranggg...bertudung itu lebih baik dari korang memperlihatkan aurat korang untuk orang yang bukan muhrim korang...aku lebih rela xde kawan macam korang dari aku pon bersubahat tengok gambar-gambar korang yang x senonoh tu..."

(Di masa kini...apabila hidayah telah diberi...janganlah bahasa kesat yang engkau pilih...jangan kau sama kan cara kau menjawab kepada orang yang menegur dahulu untuk cara kau memberikan dakwah...kerana cara dakwah yang betul adalah yang selembut-lembut ayat...)


situasi pertama:

"korang ingat...pakaian-pakaian yang korang tunjukkan tuh cantik ke???cubelah tutup sikit...kan lebih cantik..mak ayah korang x pernah ajar ke cara berpakaian yang cantik dan sopan???malulah sikit dengan cara korang berpakaian ni...yang dah kahwin..ingat...cara berpakaian korang nih lah yang akan menarik suami korang ke neraka nanti..."

(hidayah yang ALLAH berikan tidak mustahil akan dipalingkan dari kamu sekiranya kamu tidak menggunakan sebaik-baiknya...ALLAH berhak memalingkan sesiapa sahaja umatNYA pada bila-bila masa sahaja...kerana selagi kiamat belum tiba...percayalah...tiada siapa yang boleh pasti neraka atau syurga tempatnya...)


sebagai pemerhati....kita hanya mampu melihat...hati hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka..kerana mendoakan yang baik untuk orang lain adalah satu perkara yang mulia...semoge mereka-mereka ini bersifat lebih memandang pada masa hadapan..kerna memandang pada hari ini belum tentu kita dapat mengandaikan sesuatu yang indah pada hari esok...WALLAHUALAM...

"Jangan pandang hina orang yang sedang lalai, yang jauh menyimpang dari agama. Siapa tahu, kelak dia akan balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang sedang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu di surau, masjid, bagaimana akhir usia kita? Hidayah itu rahsia Allah. Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya. Sentiasa bersangka baik dengan orang lain..."

Ya Allah jangan kirannya engkau palingkan hati kami setelah engkau memberikan hidayah kepada kami, Amin... 


*kadang-kadang...dalam merendah diri...kita juga sering alpa yang kita mungkin telah menjadi bongkak....renungan bersama...:)




Thursday, June 14, 2012

~TITIAN CINTA~ apabila kenangan itu menerjah ke dalam ingatan...

Venue: tepi tingkap hostel Kolej Legenda , Mantin...
Time: 4.45 pagi....

Hati ini bagai ingin menjerit saat telinga mendengar suara ibu sebentar tadi...YA!!insan kesayangan itu telah pergi selamanya meninggakan aku...kenapa???kenapa sekarang??dikala aku masih merasakan hangatnya kasih sayangmu itu....mengapa???mengapa takdir begitu kejam meragut kasih sayang yang aku harapkan selama ini??mengapa???tidak akan hadir lagi senyuman penuh kasih dia padaku...tidak akan ada lagi suara lunak memanggil namaku..dan tidak akan ada lagi dorongan semangat untuk diriku berjaya...Ya ALLAH...mengapa kau rampas dia dari hidupku??mengapa....


usai menamatkan perbualan dengan ibu...aku mendail nombor sahabat ini...sahabat yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang...walau bukan berada di sisi...namun, kejauhan dirimu sedikit pun tidak menghalang dirimu untuk menjadi pendengar yang setia....

"assalammualaikum...nana...kenapa telefon pagi-pagi ni???nana x sihat ke??"
keperihatinan dia sedikit pun tidak pernah pudar....

"waalaikumsalam....x..nana sihat..."
dalam sedu sedan yang menggila di kala itu..tidak aku hiraukan andai pendengar itu tidak memahami patah perkataan ku...

"nana...kenapa ni???kenapa menangis nih???cakap...cakap dengan walid nana...kenapa?"
"walid....nenek dah xde...nenek meninggal tadi...baru sekejap...walid...nenek dah tinggalkan nana...nenek dah xde walid..."
seduku di atas kehilangan insan yang paling ku sayang itu.....

"innalillahwainalilahirojiun...nana...sabar sayang..jangan macam nih...tak baik...sabar banyak-banyak...kesian kat nenek kalau nana nangis macam ni...sabar ye..."
dengan suara memujuk...aku tahu yang dia amat risaukan keadaan aku di kala ini...

"walid mintak maaf...walid x dapat balik jumpe arwah nenek...nana ciumkan arwah untuk walid ye...n nana...kuatkan semangat sayang.....walid ada kalau nana nak cakap apa-apa...kol  walid ok..."
"ok...nana nak siap...kejap lagi k.long nak datang amik...terima kasih walid...maaf ganggu tidur walid pag-pagi macam nih...."
"jangan cakap macam tuh nana..walid akan sentiasa ada untuk nana...percayalah..."

di kala itu...hanya dia...yang masih sudi mendengar rintihan dan tangisanku....walaupun di kala itu...aku milik orang lain...betapa beruahnya aku...kerana adanya dia menanti diri ini dikala dia tidak mampu memiliki ku.....terima kasih sayanggg...~~


kenangan itu menggamit agi...di saat insan kesayangan ku juga merasakan kehilangan nenek kesayangannya....pagi itu...kami merancang untuk menyelesaikan urusanku yang tertangguh...namun, hatinya tergerak untuk pulang ke kampung melawat wan yang sakit...aku juga telah lame tidak menjenguk wan...maka hari itu...kami habiskan masa di rumah wan....

tapi...tiba-tiba...tepat jam 4.00..apak mengatakan pada walid...bahawa wan sesak nafas...kerisauan di wajah walid terpancar....betapa imbasan muka itu sering aku ingati...muka kerisauan...tatkala keributan itu cukup aku lihat betapa dia tidak mahu kehilangan...namun, takdir ALLAH itu tidak mampu kita rancang..kerana DIA lebih mengetahui....wan pergi selamanya dalam perjalanan ke hospital tampin.....saat pemergian arwah wan...hanya walid, arwah mak n apak sahaja yang berada di sisi....panggilan dari insan kesayanganku di kala itu bagai meragut kerisauanku..

"mummy...wan daddy dah xde...." 

dalam sedu sedan yang amat nyata..diriku mula merasakan sebak kehilangan seperti dahulu....suasana yang dirasakan umpama putaran masa lampau yang mengekori...kalau dahulu..aku kehilangan dia yang bergelar nenek....tapi kali ini...insan kesayanganku juga merasakan perasaan yang sama....

tanggal 09.02.2012...

sekali lai insan itu merasakan kehilangan itu...MAK pergi saat kami dalam perjalanan menemuinya...dan kali ini...kehilangan itu memberi satu impak yang sangat besar kepada insan kesayanaganku...tempat bermanja...tempat mengadu...hilang sekelip mata....kehilangan kali kedua di dalam hidupnya yang aku sendiri saksikan di depan mata...

hampir setiap malam....dia merindui arwah mak....dia merindui hangatnya pelukan arwah mak...dia juga sering merasakan kosong tanpa mak....lebih menyayat hati ini...apabila dia merindui istimewanya masakan mak...dan aku???aku cume berada disisi sambil mengesat air mata supaya lebih kuat untk mengesat airmatanya juga.....

"selamat hari lahir makk...moge mak tenang di sana....nana janji pada mak akan jaga walid...sebaik-baiknya..."

imbasan kenangan itu sering berputar...berputar tanpa batasan waktu.umpama roh itu melayang mengimbau kenangan itu semula....lantaran kenangan yang terimbau...sedikit sebanyak hati ini lebih TAKUT menghadapi MATI...

YA ALLAH...aku yakin bahawa yang hidup itu pasti mati....dan itulah yang terbaik buat umatMU YA ALLAH...namun, jika ini takdir yang kau tuliskan....janganlah KAU rapuhkan hati kami dengan mengingati kehilangan itu...cukup KAU kuatkan hati kami agar lebih mengingati MATI....


aminnn...


Tuesday, April 24, 2012

"CintabukanpaksaanSayangbukanmainan"



Asssalammualaikummmm.....W.B.T

erm....tiba masanya membersihkan sawang-sawang yang agak dah menebal dalam blog nih...hihihi...

harini..sebenarnya masih tiada kata indah untuk dicoretkan...sekadar bebelan alam maya yang dihasilkan dari kelincahan jari jemari menari di papan kekunci...hihihi....

cinta itu bukan paksaan???mungkin siapa sahaja akan mengatakan cinta itu sepatutnya hadir sendiri tanpa dipaksa..ianya tidak dipinta hadirnya..tidak juga direla pemergiannya...namun....siapa yang dapat membuktikan bahawa cinta itu bukan paksaan???

zaman ini...budak yang masih menyarung uniform sekolah juga sudah mula mengosongkan ruang hatinya untuk insan yang bergelar kekasih...sudah mula mengabiskan duit mak ayah sekadar membeli "topup" untuk mengulangi super saver setiap malam....sudah mula berani menunggu bas sekadar ingin bersama berjalan-jalan berpimpin tangan sang kekasih di bandar...malah..mereka sedikit pun tidak memikirkan masa depan apabila kemaruk cinta bersama sang kekasih...pelajaran di tolak ke tepi...harapan ayah ibu yang menggunung tidak diendahkan lagi...kerana apa???KERANA CINTA BUKAN PAKSAAN???

memang sayang itu bukan mainan....hadirnya kasih dan sayang juga tidak sepatutnya dijadikan permainan...andai sayang dinodai...kekecewaan melanda diri...iman juga bakal ditolak tepi..ayah ibu juga bukan penguat diri...semakin sayang dan kasih itu diletakkan pada yang betul tempatnya....supaya sayang itu tidak menjadi bahan boneka..

memang CINTA BUKAN PAKSAAN....dan memang SAYANG BUKAN MAINAN....
namun, hadirnya cinta bukan memaksa kita menjadi pencinta yang salah.....dan putik sayang di dalam hati bukan menjadikan kita sebagai sang kekasih yang sanggup dinoda dan menodai....

jangan kerana CINTA BUKAN PAKSAAN DAN SAYANG BUKAN MAINAN...

maruah diri digadai
anak yang tidak berdosa di buang...

BANGKITLAH!!BANGKITLAH ANAK MUDA KINI..

kerana hari esok bakal dibentuk oleh andaa....

ingat...ANDAI CINTABUKANPAKSAAN DAN SAYANGBUKANMAINAN itu berlandaskan syariat yang betulll....pastinya bahagia yang diraih iu abadi....insyaallah...:)

A WOMAN SHOULD BE MORE CONCENTRATE!!

one of the most wonderful thing about a woman is how much they ACTUALLY care about making the first impression.
BEING the grand entrance.

untuk itu--
mereka begitu sanggup berhabis segala untuk bercantik2 dan bermolek2. setting rambut beratus ringgit. atau kalau berhijab bukan main kainnya siap kerongsang bagai diselit2. wajah dipalit warna kemas. pakaian rapi digosok keras.

masalahnya--
all they care--
is making that FIRST impression.
or the second.
or third.

masuk tahun kedua perkahwinan--
JAHANAM.

selekeh, serebeh semua tak peduli.
"so what. ai sudah ada laki"

(-____-")

suami adalah lelaki.
dan lelaki adalah selamanya budak kecik.
mereka sentiasa suka mainan baru.
kenapa, agaknya, kau rasa mereka suka main robot2--
dan perempuan suka main mainan yang SAMA--
bertahun2 tak pernah jemu?

budak lelaki--
main robot sampai jahanam,
beli baru tak ada hal.
budak perempuan--
main patung sampai bertahun,
sampai tercabut anggota tetap kawan berbual.

lelaki SUKA benda kemas, bersih.
WALAU dia yang lasak sampai berkecah.
perempuan TIDAK PEDULI buruk serepih.
ASAL dia sayang, semua dia tidak kisah.

learn.
learn to find that point in the middle.
meet each other half way.


marriage is work.

orang tua2 kata,
sebelum kahwin,
lelaki macam orang gila nak pastikan perempuan yang disuka jadi miliknya.
selepas kahwin,
kerja perempuan untuk jadi gila memastikan lelaki dinikahinya terus miliknya.


tak usah sibuk dengan benda "nak aku jadi isteri pandai masak-- kau tu bukannya reti jadi imam" PEBENDE yang dikongsi2 itu. kenapa kita perlu jadi pasangan tidak ikhlas dan mengharap 'adil' yang terpesong itu?

"kau nak aku sekian sekian sekian, kau kena jadi sekian sekian sekian"
that is CRAP!!

marriage IS work HARD.
tolong BERHENTI percaya gula2 filem hollywood tentang magik dalam perhubungan.
harap sangat lelaki2 macam aaron aaziz itu wujud.
hadap sangat suami2 macam fakri dalam ayat2 cinta itu hidup.

dik,
dalam filem,
MEMANG lelaki yang sujud dahi menyembah wanitanya.
masalahnya--
perbuatan 'sujud' itu pun sudah tak ada logiknya.

kalau nak suami sempurna--
kita KENA sempurna dulu.
dan KALAU kita sudah sempurna--
dapat suami jauh dari itu--
kenapa naik hantu?

dapat suami jahat?
ASIAH pun dapat FIR'AUN
dapat suami mulia?
isteri NUH macam apa???MALAUN??.

tak ada matematik dalam perkahwinan.
kita jadi terbaik, suami macam iblis.
dapat suami terpuji, kita macam najis.

semua taqdir tuhan.
DAN kerja keras.
semua benda dalam hidup ADALAH kerja keras.

make EVERYDAY a new day.
make that every new day something new.
BARU kau rasa karen2nya.

dah 5 tahun kahwin pun, perlu ada malu2.
baru suami seronok hendak usik2 kacau2 malu itu.
kalau jenis baru masuk setahun sudah serebeh tak ada segan--
jangan mengaruk kalau sang laki angkat kaki cari perempuan.

memanglah nasib juga.
rasa dah buat segalanya, tapi tetap dia ke sini-sana.
itu kerja tuhan kita--
setiap rezeki taqdir yang ada.

tapi aku selalu pegang ini--
when we say 'we did everything'--
how SURE are you--
we ACTUALLY did everything?

sebab--
kita cuma pandai kata.
deep inside--
kita tahu kita bagaimana.

:)

apa kata,
hari ini kita buat something EXTRA untuk mereka.
start this game.
doing this SUDDEN cute thing-- apa pun jua--
di hari ini yang bukan apa2.

TAPI--
JANGAN harapkan mereka akan balas perkara sama di bila2.
kalau tidak--
tak jadi.

cuti separuh hari, balik, kemas rumah dan masak makanan kegemaran dia ke.
beli gift voucher untuk brand kegemaran dia ke.
apa sahaja-- yang penting-- BUKAN benda yang KAU suka--
tapi DIA yang suka.
(sebab aku tau banyak perempuan paksa pasangannya suka APA yang dia suka-- macam tengok wayang, atau main bowling, seumpamanya)

do it.
and see how he sparkles.
nak tengok sangat magik, kan?
itu--
dalam mata dia.

:)





-ATAS PENGALAMAN MAKCIK-MAKCIK..KAKAK-KAKAK..IBU-IBU DISEKILILINGKU...- <--mereka pun menyetujuinyaa..:)

Monday, March 5, 2012

~He's my everything....~


salam semua~~


hari ini...xde ape nak dibebelkan..sekadar berkongsi kebahgiaan ini bersama...Ya ALLAH...terima kasih kerana mengurniakan insan ini kepadaku....

SESUNGGUHNYA KAULAH SEGALANYA BAGIKU YA ALLAH...TERIMA KASIH KERANA MENEMUKAN DIA YANG MAMPU MEMBIMBING AKU....TERIMA KASIH YA ALLAH...

Ya ALLAH....kau tetapkanlah jodohku bersama nya seperti perancangan yang kami dah aturkan...
semoga semuanya berjalan dengan lancar...aminnnn...


PRESENTING.........:)

my other half....
my doctor when i'm sick....
my Wikipedia when i'm need to find something...
my mechanic to my own car....
my teacher when i need to learn..
my GPS when i'm lost...
my instructor to make sure i'm didn't do wrong..
my bestfriends when i'm need a person to listen....

and definitely....my dreams comes true....

~MY INCIX DADDY~



Wednesday, February 29, 2012

~SIKAP BUSUK HATI~

SALAM SAYANGGSSSSS~~

Hari ini teringin hendak bercerita tentang sikap BUSUK HATI. Sikap itu sesungguhnya mampu menjatuhkan sesama manusia, malah mampu membunuh juga. Jadi hindarilah sikap khianat itu. Ikhlaslah dalam setiap perbuatan dan tindak tanduk kita. Bukankah ALLAH itu MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI apa-apa yg bersarang dalam kalbu hamba2nya? Kita mampu menelusuri kalau seseorang itu sedang mengkhianati kita secara diam atau halus. Meskipun pemangsa sedang memaniskan wajah dan mulutnya. Kerana insyaAllah, yang sedang menjadi mangsa terganjar dengan naluri serta intuisi yang tajam di mana membuatnya berupaya bersiaga serta berwaspada.


Ikhlaslah kerana ALLAH, hiasilah telaga hati itu dengan kasih sayang sedingin air di kali, bukan bias, prejudis dan buruk sangka. Kerana kasih sayang itu akan berbalik semula pada kita. itulah ganjarannya yg akan kita perolehi. Bersikap pemurah, pengasih dan mengalah, nikmatnya sungguh manis. LAGIPUN BERAPA LAMA SANGATLAH KITA HENDAK MENONGKAT LANGIT, TAK LAMA MATILAH KITA DAN KE KUBUR JUGA AKHIRNYA KAN?


ANTARA KAEDAH membuang sikap BUSUK HATI :-


1. Tidak Banyak BicaraTerlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.


2. Jaga Emosi dan Nafsu. Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.


3. Selalu Mengingati Allah SWT. Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.


4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit HatiDengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.


SEKIAN....salam jutaan sayang.

Thursday, February 23, 2012

~WALIMATULURUS~



SALAM SEMUA....:)

Bismillahirahmanirrahim..

Sukacita dimaklumkan bahawa anda:

sahabat-sahabat baik saya....dan juga kenalan saya...

Dengan ini..saya dengan rasa rendah hati dan penuh takzim ingin menjemput kalian ke

MAJLIS PERKAHWINAN SAYA

yang akan berlansung di teratak kami di:

NO 355, JALAN GUNUNG DATOK 6,
TAMAN ANGSAMAS, 70300,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN...

Yang berlansung pada:

31.febuari.2012
(sabtu)

1.30 petang (bersanding)
11.00 pagi - 3.00 petang (jamuan makan)

Mohon maaf dipinta kerana lewat menghebahkan berita gembira ini...moge-moge kalian dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis yang tidak seberapa ini...

diharap kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Terima kasih,


Bismillah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami Memohon Kepadamu Agar Majlis Perkahwinan Ini Diberkati Oleh Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami Menadah Kedua Belah Tangan Untuk Memohon Agar Engkau Berkati, Rahmati Dan Redhai Pasangan Pengantin Baru Ini
Kurniakanlah Kepada Mereka Ya Allah Zuriat Yang Soleh Solehah Dan Agar Berkekalan Mempelai Ini Sehingga Ke Dalam Syurga.
Amin.