- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Tuesday, July 19, 2011

PERASAN BAGUS???

Ramai dikalangan kita perasan bagus.Nak-nak yang tengah syok bercinta. Pantang ditegur pasti muncung je memanjang.Aik tak boleh nak tegur langsung ke?Kalau dh buat salah kena la tegur kan. Ini tidak kita,nak tegur pun tak boleh bak kata kumpulan jambu maharajalawak “Apa pun tak boleh”

Ok lah kepada yang perasan bagus dan tidak boleh ditegur,nasihat saya ubahlah perangai tu sebab bila perangai ni dibawa ke gerbang perkahwinan saya takut ianya akan menjadi sumber pertelingkahan. Selain itu sikap tertutup sehingga tidak boleh ditegur kesalahan akan menyebabkan kita tidak memperbaiki diri.

Teguran penting untuk menjadikan diri kita hebat. Ya teguran akan menyedarkan tentang kesilapan kita dan harus diperbetulkan. Kita yang menerima teguran harus bersikap rendah diri. Teguran diterima dengan nilai positif akan menjadikan kita lebih baik.

Moga nukilan hari ni akan membuka hati kita semua untuk menerima segala teguran yang diterima. Lapangkan dada dan ucaplah syukur kerana diberi peluang memperbetulkan diri.

Sampai disini sahaja nukilan saya.Yang baik dijadikan tauladan ya!

JODOH?????semuanya tentang jodoh....:)

Hari-hari...ada saja yang bertanya....

"Bila lagi nak kahwin??"

"Bile nak rasa nasi minyak nana??"

"Lepas ni nana pulak yang kahwin kan???"

erm...bukanlah hati tidak berdetik nak kahwin..tengok sume kawan-kawan yang seangkatan ada yang dah melangkah ke depan untuk bergelar seorang isteri...dan ade yang sibuk mengurus anak-anak...tapi..apa mampu nana jawab pada soalan-soalan di atas sedangkan semua tu belum terlinas di hati..kan???siapa yang tak nak kahwin...mestilah nak...tapi..mungkin nana terlalu memikirkan jasa-jasa ibu dan ayah yang belum puas nana balas...atau..nana masih belum kuat untuk menggalas tanggungjawab yang sangat berat sebagai seorang isteri...mungkin..heheh...arini..nana share serba sedikit mengapa belum terlintas di hati ini nak menamatkan zaman bujang nana nih..cewahhh..hope lepas nih..kurang plak yang bertanya soalan-soalan di atas..atau soalan-soalan yang sama dengan jek dengan soalan di atas pada nana yer...:)

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas

ses...uatu..

Tidak!!

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia

bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya

singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35

tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu

dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman

kemudian nanti.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,

pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di

samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai

org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut

banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa

seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada

yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah

anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab

kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah

melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut

tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya

gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan

insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

SEKADAR UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA...bukan berniat untuk menyindir atau mengata...sekadar peringatan pada kita semua..bahawasanya kebahgiaan bukan selama-lamanya milik kita...tahukah anda..kadangkala...pertanyaan anda mungkin elok dipendengaran anda sendiri...tetapi..elokkah dipendengaran mereka yang anda tanya????mungkin mereka ada alasan tersendiri mengapa mereka tidak merancang jodoh mereka sendiri..dan mungkin alasan mereka itu lebih bermakna dan beerti dari kehidupan yang kamu rancangkan...kan??jadi...PERCAYALAH...JODOH..PERTEMUAN...AJAL DAN MAUT DITANGANNYA..

ANDA MUNGKIN TIDAK SEDAR ANDA PEMEGANG AMANAH TULANG RUSUK SESIAPA...NAMUN, ANDAI MASA ITU TIBA...BUKAKANLAH HATI...GALAS TANGGUNGJAWAB ITU SEBAIK-BAIKNYA...DOA NANA SENTIASA MENGIRINGI KALIAN SEMUA...

hope lepas ni...siapa-siapa nak bertanya perihal jodoh orang lain...pikirkanlah sebaik-baiknya...adakah soalan itu cukup bijak unuk diutarakan??hehe.makcik-makcik di luar sana...jangan sibukkan hal anak orang..kan lebih baik disibukkan perihal anak sendiri yang belum tentu tidak cari kainnya...renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL...HEHEHEHE...:)