- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Tuesday, March 19, 2013

~TEMAN SEJATI~

ASSALAMUALAIKUM....

selamat hari selasa semuaaaaa....:)

TEMAN SEJATI

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA WAHAI TEMAN...SESUNGUHNYA HATI INI TEHARU DAN SANGAT BERTERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG YANG DIHULURKAN...



Ubat banyak-banyak macam ni memang kalau ikut hati tak nak telan....tapi sebab fikirkan kasih sayang awak wahai teman.....sangup ulang alik klinik untuk pastikan nana sihat...nana gagahi jua....dan ALHAMDULILLAH...nana dah sihat sepenuhnya....terima kasih sayanggg...:)

special dedicated to:

~MY INCIK DADDY~

Monday, March 4, 2013

~CINTA KAU DAN AKU~

ASSALAMMUALAIKUM....


hye semua....

erm...bosan sangat-sangat hari ini....tak tahu lansung pegi keje nak buat apa hari ini...mood pon spoiled jek bile tonsel nana yang bengkak lebih 1 minggu....nasib baik ari  ni memang takde klas nak ene jage..so duk diam-diam kat bilik nana ni....ape lagi..layan youtube la..hihihi...

bile bukak jek youtube...tak tahu pla telemovie ape yang nak di tengok....macam dah slalu tengo telemovie...xtau nak tengok ang mana dah..last-last..nana teringat nak tengok cite feveret nana yang latest..cite ape??nak tahu??"kalau nak tahu...kasi jatuh lu punya kapla..." hahaha

ala....cite kat tv 1 tu....hari khamis n jumaat tu..pukul 10.00 malam tu...hehehehe...tak tau ke???cite....jeng..jeng..jeng...

~CINTA KAU DAN AKU~

haaaa...tau dak???cite nih adaptasi dari one of the feveret novel nana....hasil tulisan Siti Rosmizah...enulis die i kalau wat cite..memang besttttt sangat-sangat...kalau bace...tak sah kalau tak nangis...hihhi....sume novel die memang selalu jek membuai perasaan..cayalah!! yang latest nana bace....

~TAKDIR ITU MILIK AKU~

Gilerrr rugi kalau korang tak bace novel yang ni....uishhhh....besttttt sangat-sangat....cayalah cakap nana..beli tau..jangan tak beli pulakk..hehehe...

eh..eh...bukan pasal novel yang nana nak cite....pasal cite CINTA KAU DAN AKU yang nana cakap tadi....mula-mula....nana memang sangat jarang la layan TV1 ni...tapi..nak dijadikan cerita...1 mlam ni..tengah nana wat-wat sibuk menghasilkan dulang hantaran nana untuk majlis nana nanti....rase diri cam bosan pulak....pe lagi..bukak lah tv yang ade dalam bilik nana tu....tvdalam bilik tu takdelah nana rajin nak memasang astro...yelah..membazir duit makcik nak membayau jek...ye dak??cukup-cukuplah yang kat depan tu dah full pakej...hihihihi....

so, nak dijadikan cerita...kalih-kalih chanel...erkalih pada chanel TV1....yang mase tuh baru nak start cite ni...wahhh...mase tu jugak...happy gilerr...emang tak pernah tau pon novel ni dijadikan cerita....bile die start jek....die terus tunjuk EPISOD 1...haaaaaaa...confirm cite nih jadi cite wajib tonton nana lepas ni....(cakap dalam ati jek la...hihihi)

dan sampai sekarang...memang nana tak pernah lepas lagi tengok cite ni...sebab even cite ni takdelah sesedap cite-cite drama yang lain..tapi bagi nana...perjalanan cerita itu yang membuatkan nana tertarik nak tengok...kalau dengan baca novel jek boleh meleleh-leleh airmata nana...tengok cite die mesti lagi sedih...kan?kan??hehehe...soooo...nak bagi tau...ang hari ini..nana datang keje...dok layan cite CINTA KAU DAN AKU ni...dari episod 1-4..heeee....

jom cekidauudddd...info-info pasal cie ni..mane tau korang pon berminat nak tengok...kan??



CINTA KAU DAN AKU

Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?
Pastikan u all menonton yeah!




PARA PELAKON: SARA ALI (FARISHA IMAN), FIZZ FAIRUZZ (FARISH HAKIMI)


TULUSKANLAH HATIMU MENCINTAI YANG ESA...

Tuluskanlah hatimu cinta kepada Tuhan


Tuluskanlah hatimu cinta kepada Tuhan, sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan,hiasilah hatimu degan segala sifat kebaikan,murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan ,kerana
hati tempat jatuh pandangan Tuhan,hati itu raja dalam diri manusia,baik hati
baiklah peribadi ,penuh kasih sayang dan simpati.Akhlak yang indah memikat
hati,sesiapa sahaja yang mendekati.
                                                              


QUEEN OF HEART~~

JODOH!!

assalammualaikum......

kom apa..kombat...bat ape...batmen..men ape...mentol...tol ape..tolak...lak apa..laksa...sa ape..sayang...sayang sape...

sayang tuuuuuuuuuuu...--->




heheheh...

erm...arini nana xtau nak bebel ape.....even banyak plan nak dibebelkan....jari jemari pon macam manyak rajin untuk ketik papan kekunci laptoip ni...tapi...ade 1 masalah yang tidak dapat dielakkan....iaitu...

card reader ada pada my incik daddy...( so memang x bley nak update entry without pic-pic ) nnti entry jadi bosan..n bile bosan..memang x kan ade la yang nak bace...kan???(macam lah selama ni ade orang nak bace pon..ahahaha...)

i've nothing to say today...juz want to share that today its a such wonderful day bile bangun pagi...my sore throat yang dah seminggu dihidapi masih tak elok-elok!! wonderful kan??kan???
(tangan kat bahu..mato pndang atas) hihihi...

sooooo....a very wonderful monday baru sahaja bermulaaaaa....lets working!!!!


op..op...jap..ap....1 jek nak pesan....hsil dari blog walking  tadi....sangat memberi semangat di pagi isnin ini...
lets cekidauddd~


10 TANDA DIA SESUAI MENJADI PASANGAN HIDUP KITA...


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Jodoh itu umpama sebuah perjalanan. Ada orang cepat sampai ke destinasinya, ada orang lambat.Sepanjang perjalanan itu pula, ada orang dapat sampai dengan mudah, ada orang terjerat dalam kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak dan seumpamanya. Perlu tabah dan sabar menghadapi ujian.Dalam semua perjalanan itu, tidak semua orang akan sampai dengan selamat. Ada yang meninggal dunia sebelum sampai ke destinasinya. Inilah hakikat jodoh… Tidak semua yang akan dapat memilikinya ketika hidup di dunia.Namun usahlah berduka. Peluang masih ada di Syurga. Di sana tiada siapa yang berkeseorangan. Semuanya memiliki pasangan. Oleh itu, jika mahu mencari jodoh, carilah jalan untuk ke Syurga. Jika tidak temui jodoh itu di dunia, InsyaAllah akan berjumpa nanti di Syurga.

TEPUK DADA....TANYA HATI....SUDAH TEPATKAH PILIHAN DI HATI???

HEEE...:)