- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Wednesday, November 2, 2011

~AKU SAYANGKAN KALIAN WAHAI SAHABAT...~

Dalam kebosanan mengetuk jiwa...kesibukkan mengejar cita-cita...aku sering alpa mengenai makanan jiwa...ubat kesakitan sunyi itu...lantas...aku perlu berpaling untuk menggapai bintang hati....bintang hati yang sering memberikan sinar dikala hati ini digamit kesedihan...dan bintang hati itu sentiasa di situ..menanti penuh sabar..andai aku dalam kegelapan...bintang iu juga yang memberi sinarnya...walaupun aku sedar..kadangkala..kerana aku..bintang itu perlu mengorbankan sinarnya untuk menerangi kegelapan ini...namun, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mu wahai bintang hatiku....kerana kalian....aku mampu lagi berdiri teguh di sini...tanpa longlai..dan tanpa terjelepuk jatuh lagi...terima kasih sayang!!


SAHABAT.....

Dalam dunia aku tidak mempunyai apa-apa..
kecuali diri kita sendiri...
tetapi...dalam kita bersendirian, aku sangat beruntung....
kerana...

aku mempunyai kalian yang sangat memahami diri ini...
sebagaimana aku mengharapkan kejujuran dan keikhlasan seorang sahabat...
begitu juga kalian...

TETAPI....
Aku sering terlupa akan hal itu...
Cuma mengambil kira harapan dan perasaan aku sahaja...

Aku rasa dikhianati apabila sahabat lain tidak menepati janjinya...

Walhal....aku yang tidak pernah memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya..
Bagi aku, itu alasannya untuk kesilapan dan membela diri..

tetapi...
Aku juga pernah membiarkan kalian ternanti-nanti kerana aku juga ada janji yang aku tidak tepati...

dan pada masa itu...
aku memberi beribu alasan untuk kalian terima alasanku itu..

waktu itu...mungkin aku terlupa menjaga hatimu....
MAAFKAN AKU SAHABAT.....

SAHABATKU...
PERJUANGAN TIDAK PERNAH PUTUS KERANA DIIKAT DENGAN RANTAI IMAN...
MUJAHID TIDAK KESEORANGAN KERANA DIIKAT RANTAI UKHUWAH...
ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN SEBAGAI BUKTI KEIMANAN..
SEMOGA IKATAN UKHWAH INI TERBINA UNTUK SELAMANYA..

~UHIBBUKUM FILLAH~

Khas untuk kalian yang bergelar sahabat...:)

No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~