- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Friday, September 23, 2011

kenapa mesti GANTUNG kisah PERIBADI pada dinding FACEBOOK???

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa padanya namun, tanpa sedar..dirinya telah melahirkan satu perasaan kurang baik pada pembaca-pembaca yang mula ingin tahu....kan??


Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“aku kawin ngan ko!!bukan dengan family ko yang xde klasss tuh...!!!!”

Kontroversi bukan? apa sebenarnya yang ingin mereka tonjolkan???permasalahan dengan ipar duai???ketidakpuas hati pada family sang husband??kalau on masalah itu timbul..kan lebih baik cari penyelesaian untuk masalah tersebut..kenapa mesti menyalahkan ipar duai atau family husband tuh...kan???dah cermin diri??SEMPURNA kah kamu???esshhh..mane ade manusia yang sempurna...kn??kn???

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu. kenapa mesti nak merendah-rendah kan martabat seorang suami yang kamu sendiri telah berikrar untuk menjadi isteri SOLEHAH la kononn..


“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.” ataupon...

"Kerempeng jek suami aku ni...ontot pon xde.."

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook. ker...ini kutuk mengutuk sebagai satu gurauan??aku jek yang x paham kottt...

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

"Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali."

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri. Memang tak boleh disangkal lagi kalau ada yang mengatakan ada juga kebaikan pada fenmena ini...tapi, keburukan yang timbul tu mengeluarkan kesan yang teruk yang x dapat dibendung...itu yang menjadi masalah!!

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum? mungkin ianya penting bagi indvidu itu sendiri..dan sengaja menguji keperihatinan sahabat handai terhadap diri mereka...:)

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. dan tabiat ini merupakan satu kebaikan pada komuniti apabila mereka bertindak lebih positif dalam hidup...

Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”. Masakan tidak pepatah ini digunakan..apa tujuan utama penulis meluahkan permasalahan pada umum???untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari kawan-kawan??saya rasa lebih elok jangan..kerana takut kalau-kalau mendapat nasihat yang tak baik pulak nanti...kan??

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

"Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun."

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Mestilah diingat bahawa apa-apa masalah pasti ada penyelesaiannya...jadi..cubalah anda sendiri fikir-fikir dan renung-renungkanlah...andai satu hari nanti...permasalahan hidup dan isu rumahtangga itu selesai...maka..kebahgiaan akan muncul semula..dan pada masa itu...menagapa menonjolkan kebahgiaan ada umum semula???mengapa mesti setiap kebahgiaan itu perlu dipertontonkan??kan??tidak firkir ke andaian masyarakat setelah mereka "flash back" semula pada permasalahan anda dulu...kan??


"Bahagianyerrr dapat suami macam nih....penyayang...bertolak ansur..ensem..kacak lagi bergaya...."

agak-agak....apa andaian masyarakat setelah membaca ayat ini selepas permasalahan anda selesai???bagoslah andai yang mendoakan kebahgiaan itu berpanjangan...tapi..x kurang jugak pada mengandaikan kebahgiaan itu palsu semata-mata kerana mereka dah tahu kebenaran yang anda sendiri ungkap dulu..kan???jadi..fikir-fikirkan natijahnya...sebelum mengutarakan tentang keburukan suami...keluarga...keluarga suami...sahabat handai...atau sesiapa sahaja...kerana anda telah meletakkan maruah mereka dihujung jari anda dengan menaip cerita peribadi mereka pada umum...jadi...jangan marah kiranya masyarakat mengandaikan bukan-bukan pada peribadi kamu nanti...k


Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

BERINGATLAH!!! RENUNG-RENUNGKAN....DAN SELAMAT BERAMAL~~~


~princess of heart~

No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~