- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Monday, August 17, 2020

MENYUSURI DENAI KEHIDUPAN..

 "BELAJAR DARI SEBUAH KEHIDUPAN, DIRI SENDIRI DAN SEKELILING. MOGA DAPAT MEMANDU KE ARAH KEJAYAAN MENDATANG"


ASSALAMMUALAIKUM,,,,

hai selamat pagi semua... diharap semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu....selamat permulaan hari. no monday blues ye kawan-kawan... permulaan minggu ni kite semua kena semangat!! baru lah semangat tu akan terus bersama kita hingga ke hujung minggu.. ha gitttewww,,,heheheh...


how's ur weekend being spent??well or not well? atau weekend dihabiskan dengan berehat sebab dah penat dengan urusan sehari-hari sepanjang minggu?? ape pun cara kite habiskan masa hujung minggu itu, diharap ianya cukup memberi faedah buat kite semua ya...:)


Kebelakangan ini, ada ketika tersenyum sendiri bila baca apa yang ditulis di Facebook. Bukannya apa, tersenyum melihat gambar-gambar yang ditagkan oleh rakan-rakan lama. Banyak gambar yang tiada di simpanan sendiri menjelma semula di Facebook. Teringat pada nama-nama yang telah lama dilupa atau terlupa. Melihat pada keadaan diri yang terlalu kurus seakan orang yang tak cukup makan pula. Begitulah bila masa berlalu, banyak benda berubah.

Rasanya masa inilah digunakan untuk tujuan berkongsi khabar, cerita, pandangan dan tak kurang juga ada yang sekadar mengutarakan isu-isu yang seakan nak 'provoke' dan tak lupa pula yang seolah-olah nak tunjukkan apa yang terbaru dimiliki. Boleh jadi ianya sebuah kereta idaman ataupun Banglo idaman. Cuma yang mampu diucapkan sepatutnya, ucapan Alhamdulillah buat rakan-rakan yang telah diberikan rezeki oleh Allah.

Alhamdulillah syukur untuk satu medan mengenali insan-insan yang pernah hadir dalam kehidupan ini...dalam FACEBOOK.

Banyak juga dari masa berjaga dalam hidup kita ini akan dihabiskan untuk dua perkara.... Yang pertama bercakap dan yang kedua mendengar. Rasanya disebabkan dah memang sebahagian kerja aku dalam lingkungan pengajaran jadi aktiviti bercakap-cakap ini sesuatu yang dah terbiasa. Rasanya orang yang tak kenal aku pasti ingat aku ini jenis orang yang senyap sunyi. Rasanya zahirku begitu. Tapi bila diberi peluang bercakap....kelainan akan ternyata.

Kenapa aku menuliskan ini? Rasanya kalau kerap sangat bercakap orang sekeliling akan cepat menyampah. Sekarang dalam agenda aku....lebih mendengar dan mengalakan orang lain berkata-kata. Apa faedahnya ya? Bila dengar pengalaman orang ....kita dapat belajar. Bila sibuk cerita tentang diri kita....Orang akan rasa kita ego dan semestinya rasa ego itulah yang akan menyebabkan kita bertambah rajin bercakap-cakap. perlu diingat...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...parah.

Dari itu....untuk aku, lebihkan beri peluang orang bercakap dan galakan mereka bercakap. jadilah pendengar yang perihatin.

pendek kata...itulah kehidupan...jika rasa dah cukup dalam berkata-kata...cukuplah kita hanya mendengar sahaja...tapi jika perlu kita bersuara,...jangalah kita diam sahaja...


betulkan??







No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~