- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Tuesday, May 7, 2013

BERILMU DENGAN KEBIJAKSANAAN ATAU BERILMU DENGAN KEBONGKAKAN??

ASSALAMMUALAIKUM...W.B.T..

tengok tajuk entry kali ni macam serius bunyi nye kan??memang serius sangat....selalunya...setiap hari...scroll down laman fb dapat jugak tambah-tambah ilmu....dapat jugak eratkan tali silaturahim sesama manusia....memanglah tak dinafikan..facebook ni...atau lebih dikenali sebagai FB....ade jugak negatif nye...bila ade segeintir manusia yang gunakan lama sosial nih untuk perkara-perkara yang kurang sihat dan tak baik...tapi...dah nama pun kita ni manusia....dah diberikan akal dan fikiran oleh ALLAH  S.W.T...jadi..gunakanlah sebaik-baiknya untuk menilai apa yang baik dan buruk..ye dak???tapi....akhir-akhir ini...laman FB hanya menjadi medan perang pendapat yang kadangkala menjadi medan tempur keji mengeji....caci memaki...erm.....

tapi....nak buat macam mana..kalau dah jadi isu pulak pilihanraya kali ni....memang adatlah kalau sebelum pilihanraya dijalankan...ade manusia yang meluahkan pendapat untuk menyokong parti-parti pilihan mereka...tapi....ni tidak....result dah keluar pun kan...REDHA lah....kenapa rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi???kenapa masih ada isu fitnah memfitnah pulak?tak kurang dengan bahasa-bahasa keji yang diluahkan....timbul pulak isu persengketaan dengan sahabat-shabat yang dah lama kenal atas sebab politik?? 
YA ALLAH....bukak lah mata....jangan dibiarkan bende ni berterusan....kalau dalam hubungan persahatan....tidak sama pendapat itu adalah baik...sekurang-kuranya...kita boleh belajar memahami pemikiran dan buah pendapat orang lain....bukan bermakna bila kawan kita tidak sama pendapat....dia tidak layak jadi sahabat...kan???

Nana melihat sendiri situasi ini...kerana nana lebih suka sekadar menjadi pemerhati....dari situ pun kita boleh belajar sesuatu...kan???wahai sahabat-sahabat semua....nana yakin bahawa anda memang manusia yang berilmu...tetapi....sedarlah!!kebijaksanaan orang itu tergambar dari setiap tutur katanya....dari setiap tindakan dan perbuatannya...tepuk dada...tanyalah selera!!

Kalau anda tergolong dari kalangan mereka yang bijak pndai...tapi masih mampu mencaci dan mengkeji...mengeluarkan bahasa yang kesat..melontarkan pendapat dengan gaya yang tidak bekhemah...itu bukan menggambarkan anda sebagai golongan bijak pndai...tapi akan menggambarkan anda dari golongan bijak pandai yang sombong lagi bongkak!!

tak salah menjadi bijak pandai yang bjak dalam mengutarakan pendapat....lebih mulia dipandang oleh manusia sejagat....kerana keelokkan peribadimu itu akan membuka mata setiap yang memandang...

TABIK SPRING PADA YANG MASIH MENJAGA TATSUSILA SEWAKTU MENGUTARAKN PENDAPAT...SYABAS!!!ANDA MEMANG TERGOLONG DIKALANGAN MEREKA YANG BERILMU DENGAN KEBIJAKSANAAN...


MENGUNDI itu umpama memperjuangkan sesebuah kerajaan yang bakal ditadbir...perjuangan memilih pemimpin yang sebenar juga dituntut di dalam AL-QURAN iu sendiri....tetapi...jom kita bangkit bersama-sama....andai perjuangan kita masih belum mampu berada di tangga kejayaan....REDHA lah....mungkin ALLAH  menangguhkan dahulu kejayaan itu...JIKA IANYA BENAR...jangan anda berhenti takat itu sahaja....teruskan berjuang....kerana perjuangan yang ikhlas tidak pernah akan berhenti....

BERJUANGLAH SAHABAT....
namun, baiki cara perjuangan anda...adakah ianya cukup berada di landasan yang betul???berhenti mencaci maki....berhenti memfinah....berhenti mengeji....kerana ianya terbukti amalan yang salah....

jangan kerana mereka yang tidak kita persetujui melakukan fitnah memfitnah...keji mengeji..caci maki..maka kita juga melakukan hal yang sama...semata-mata untuk memulangkan paku buah keras....adalah cukup benar perjuangan itu???bukak mata...terangkan hati...jangan membiarkan anda meletakkan diri anda sama level dengan musuh perjuangan anda....kerana apabila ianya anda biarkan...maka....tidak ada bezanya anda dengan mereka yang anda keji dan hina iu....kan???

TEPUK DADA..TANYALAH SELERA...:)

“Jika ada orang berilmu tapi masih suka menjatuhkan orang lain didepan umum untuk menunjukkan dirinya lebih pintar, Dia bukanlah orang berilmu yang bijak”

“menjadi manusia yang "bodoh" setelah pintar itu ternyata susah dan sedikit.. tapi menjadi manusia yang "sombong" setelah pintar itu mudah dan banyak”

“ Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi buta.. Buta dalam memandang.. Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi kacau.. Kacau dalam berfikir.. Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi lupa.. Lupa dalam kebaikan.. Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi terlena.. Terlena dalam amarah.. Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi hina.. Hina dalam perbuatan.. Kemarahan bisa membuat seseorang menjadi buruk.. Buruk dalam sangkaan.. Dan... Kemarahan bisa... bisa... bisa...tentu sangat bisa membuat seseorang menjadi tidak bijaksana.. ”.

SENYUM SAHAJA.. Meski senyum itu tak terbalas.. Keranana senyum orang yang beriman dengan niat ibadah.. Bukan untuk dibalas lagi dengan senyuman.....:)

No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~