- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Thursday, December 15, 2011

~Kisah AKU, DIA & cinta monyet~


Cerpen aku yang pertama akan dipublish!!!jom cekidauddd...:)




~awak...awak x pegi mkn ker???xlapa??saya nak pegi mkn nih..jom..boleh kite jumpe...kite pon belum penah jumpe..kn???sye ade bnde nk ckpkn pd awk...~

Pesanan ringkas itu aku pandang sepi...sudah lebih 3 bulan aku hanya berbalas pesanan ringkas itu dengan manusia yang aku sendiri tidak pernah bersua muka...katenya...dia budak sekolahku...dia mengenaliku dari sahabatnya yang juga sahabatku...tapi...bila ditanya siapa...dia tidak mahu menerangkan siapa empunya badan yang telah sewenang-wenangnya menyerahkan no telefonku padanya...pada awalnya...memang aku sangat marah apabila no telefonku jatuh ke tangan orang yang aku tidak kenali...namun, semakin lama...semakin aku menyenangi dirinya yang aku kenali sebagai faiz...bagiku...dia seorang sahabat yang baik..sentiasa ada dikala aku memerlukan pandangan dan pendapat..diam tak diam...sudah lebih 3 bulan aku mengenalinya tanpa bersua muka...bukan aku tak nak bersua...namun, aku segan dan malu...mungkin tali persahabatan itu lebih mesra jika tidak mengenali secara bersua...mungkin, dirinya tidak sama diluar berbanding dengan drinya melalui pesanan ringkas yang dikirimkan...pelbagai kemungkinan yang menganggu fikiranku...jadi..aku mengambil keputusan untuk hanya bersabahat dengan cara begini...lebih selamat..hehe...

Lantas, jari ligat menari di papan kekunci telefon bimbitku...pantas pesan itu aku balas agar orang di sana tidak tertunggu-tunggu keputusanku itu...

~xpelh awk...awk pergilah mkn dulu..lagipon sye x bersedie nak jmpe awk lagi...len kali ye~

Setelah selesai menaip pesan itu. cepat-cepat aku menyorokkan telefon bimbit itu ke dalam poket seluarku. Membawa telefon bimbit adalah satu kesalahan bagi kami yang masih bersekolah. Jadi, sebelum kesalahan aku ini di sedari oleh warden asrama yang mungkin lalu lalang pada bila-bila masa sahaja....aku bertindak leih pantas untuk mengelakkan masalah lain pula yang terjadi. Aku meneruskan agenda aku pada hujung minggu ini...pada dasarnya...tujuan aku ke kelas untuk mengulangkaji pelajaran matematik tambahan. Bagiku, mata pelajaran itu merupakan mata pelajaran yang sangat lemah untuk aku kuasai...jadi...sebelum peperiksaan terbesar aku iaitu SPM bakal menjelma...aku harus mempersiapkan diri sepenuhnya dari sekarang. Keadaan kelas aku yang agak sunyi ini aku membuatkan aku lebih tenang untuk mengulangkaji. Kelihatan seorang dua sahaja budak kelas aku yang rajin turun ke kelas untuk menelaah. Barangkali yang lain hanya menelaah di dorm sahaja.

Hampir 2 jam aku menelaah, aku mula meyiapkan tugasan sekolah yang diberi guru pada hari Jumaat yang lepas. Jika tugasan ini aku selesaikan sekarang, tidaklah aku tergopoh-gopoh malam ini. Setelah usai menyiapkan bebanan kerja sekolah..perut pulak mendendangkan irama malaysia....itu tanda perutku sudah tiba masa untuk diisi...buku ku tutup lantas mataku memandang jam tanganku sekilas.

"oh...dah pukul 3 petang rupanya..patutlah perut dah lapar..."omelku sendiri..

Setelah aku menegur Fiqa dan Shida yang masih lagi sibuk menelaah, kaki laju melangkah ke arah kantin sekolah...hujung-hujung minggu ini kantin tidak selalunya penuh kerana semua penghuni asrama kebanyakkannya keluar ke bandar....

"erm....sape plak nak ajak makan same nih...eshh....nak ajak boyfren...xsempat cari lagi...erm....x seronok la makan sorang-sorang....tuhla....tadi ade orang ajak nak temankan makan...jual mahal pulak....erm...ajak qira lah....heee.."

Senyum diukir semanis-manisnya...hati berharap agar tidak sia-sia kaki ini melangkah ke kelas Qira...setahunya..Qira ke kelas sama dengannya tadi...bezanya Qira bukan sekelas dengannya..kedudukan kelas Qira memerlukannya untuk melangkah ke blok yang lain...

"janganlah Qira balik asrama sudah...eh...tadi bukan Sham xde kat kelas ke????ahh..mesti die ade dengan Qira...merpati dua sejoli tuh mane boleh berenggang...lantaklah...kalau Qira xde karang...aku makan sorang la jawabnyer..."

"hai...ape membebel sorang-sorang tuh cik adik???senyum-senyum pulak tu..." tegur seorang budak lelaki dari arah kananku...senyum sumbing yang diukir membuatkan aku malu sendiri...

"mane datang pulak dia nih...salam pun x bagi...tibe-tibe jek erjah aku. Nasib baik aku x pengsan tadi..eshhh.."haap-harap dia x dengarlah monoloq hatiku ini...

"amboi...sombong!! jeling pulakkk...."tambah budak itu lagi...

"eh!!sukahati saya la nk sombong ke apa!!!yang awak tu...salam x bagi...terjah je tiba-tiba!!" eh...lancar mulutku berkata-kata...padahal...bukan salah dia pun..die ramah menegur...apesal mulut aku lancang berkata-kata pula...nak tutup malu barangkali...

Kaki semakin laju aku hayun supaya cepat sampai ke kelas Qira....waktu ini pula kelas Qira agak jauh aku rasakan...sesampai sahaja aku ke kelas Qira...kelihatan budak-budak kelas Qira sedang sibuk menelaah...masing-masing diam menyepi memandang buku di depan mata...mataku liar mencari kelibat Qira di dalam kelas tersebut. Sedang aku asyik mencari...lelaki yang menegurku tadi melangkah memasuki kelas Qira dan terus duduk di salah sebuah bangku di dalam kelas tersebut. Mataku tajam memerhatinya tanpa mengukir senyum di bibir. Dia pula hanya menunjukkan barisan gigi apabila senyuman sumbingya diukir untukku...semakin galak mataku mencari Qira. Sedang mataku meliar mencari...aku terdengar jeritan dari arah belakang.

" Haikal...ko kate tadi nak pegi kantin...lapa konon...sekejap je ko balik?mane air yang aku kirim tadi??ko lupa lah kan???" suara Sham yang agak nyaring aku dengar dari arah belakang kelas. Keadaan yang hening tadi bertukar bising oleh laungan Sham yang ditujukan pada budak lelaki yang baru masuk sebentar tadi.

Laungan Sham tadi membuatkan aku sedar dimana kedudukan Qira. Lantas, tanpa memikirkan apa-apa..aku melangkah ke arah mereka yang berada di belakang kelas. Di situlah kedudukan Qira di dalam kelas, Jauh berbeza dengan aku yang mengambil kedudukan di depan. Bukan kerana aku tergolong dalam kalangan budak skema, tetapi...condition mata aku yang rabun membuatkan aku mengambil keputusan untuk memilih kedudukan depan di dalam kelas untuk memudahkan aku meilhat ke papan hitam. Setelah sampai disisi meja Qira, aku lantas mencapai sebuah bangku dan duduk tanpa dijemput.

"Hai Sya...nape monyok jek muka nih??nape datang jumpe Qira??"pertanyaan Qira sebelum sempat aku membuka mulutku agak kurang menyenangkan gegendang telingaku mendengar. Kurang senang ke Qira dengan kehadiranku di kala ini??

"erm....xpelah Qira...sorry ganggu...Sya ingat tadi nak ajak Qira pegi makan same kat kantin...perut dah lapar..tapi tak tahu pulak Qira sibuk...tak pelah..Sya pegi sendiri ajelah..k. Maaf ye ganggu Qira." aku lantas bangkit dari bangku yang aku duduk dan cepat-cepat aku ingin beredar ke kantin. Sayu pulak hati ini apabila teman baikku seperti tidak mengalu-alukan kedatangan aku ke sini. tetapi..belum sempat aku melangkah.. lenganku dipaut oleh tangan Qira.

"La....nape Sya nih???Qira tak sibuk la...Qira ngan Sham pun baru bercadang nak pergi kelas Sya. Nak ajak Sya pegi makan. Qira pun dah lapar sangat nih..Nape ngan Sya nih???sape yang buat kawan baik Qira jadi macam ni nih???Bagitau Qira...biar Qira cubit-cubit die..." pujukan manje Qira membuatkan hatiku terpujuk. Masalah yang timbul semasa pejalanan ke kelasnya tadi seakan-akan hilang begitu sahaja.

"hehehehe....ingatkan Qira x sayang Sya lagi...yelah...manalah tahu..dah kepit Sham...x ingat kat Sya lagi..hehehe..." senyum sumbing aku hadiahkanb untuk Qira dan Sham yang hanya memerhati dengan senyum diukir.

" Ade pulak ko nih Sya...Qira ni...kalau aku lapar...die buat tak tahu jek...tapi...risau benar die kalau kau yang lapar...sayang sangat die kat kau tau!! kalah aku..." Sham bersuara menjawab telahan salah aku sebentar tadi.

"awak....saye...kalau tak ade awak...saye masih ade Sya untuk bermanja....tapi..saye nih..kalau tak ade Sya...sape yang saye nak peluk tiap-tiap malam???kan Sya kan??dah-dah...jom kite pergi kantin..cian kawan saye nih...dah bunyi lagu rock dah perut die...lapar...kan Sya kan??" laju sahaja tangan Qira mencubit pipi aku dah menarik tanganku keluar dari kelas.

Kami melangkah beriringan ke arah kantin. Bahagia rasanya walaupun tiada teman lelaki seperti Qira. Adanya Qira sebagai teman baik, hidup yang sunyi akan menjadi lebih terisi. Bukanlah hati tak berniat untuk memasang teman lelaki seperti Qira, tetapi..hati ini belum pernah terusik sedikit pun oleh mana-mana lelaki. Mungkin pada usiaku yang 17 tahun ini, cinta bukanlah satu yang sangat penting. Pelajaran harus diutamakan. Walaupun ayah dan ibu tidak pernah melarang, tetapi insan yang bejaya mengetuk hatiku ini belum menampakkan dirinya lagi. Semakin dekat kami dengan kantin, aku menyuarakan pada Qira apa yang ingin aku makan nanti, dan Qira juga tidak terlepas untuk bersama-sama memilih juadah kegemaran kami itu. Tidak lain tidak bukan....ialah....Kuey tiaw goreng basah!!!

Sambil menjinjing air yang telah dibeli..kami melangkah ke salah sebuah meja berdekatan dengan meja yang diduduki oleh anak makcik kantin dan bayinya yang berusia 2 tahun. Kekerapan kami makan di kantin berbanding dewan makan membuatkan kami semakin akrab dengan makcik kantin dan keluarganya. Satu-satunya cucu mak cik kantin itu juga sangat aku senangi. Kecomelan dan telatahnya yang sering menghiburkan itu menawan hatiku. Setelah aku meletakkan beg dan air, aku mengendong Iqbal yang menanti kedatanganku dengan mendepangkan tangannya. Apabila Iqbal berada di atas dukungan, aku mencium pipi Iqbal semahu-mahunya. Geram sungguh aku pada Iqbal yang comel itu. Lansung keadaan sekeliling tidak aku pedulikan sehingga tanpa aku sedari, perbuatan aku diperhatikan oleh lelaki yang sama menegur aku tadi. Dia duduk betul-betul depan Qira dan bersebelahan dengan Sham.

"aik....bile masa pula budak ni ikut Sham sekali??kenapa aku tak perasan pon die kat tadi??pastu...kenape sibuk-sibuk pulak die nak join kami makan???xde meja lain ke???eshhh..." rungutan aku hanya dilepaskan di dalam hati tanpa aku suarakan pada sesiapa. Namun, aku mengandaikan Qira memahami apa ang tebuku didalam hati apabila muka masam aku pertontonkan padanya.

"hye cik adik..kalau suke baby..kahwin la....buat anak sendiri...nih dok kelek anak orang macam anak sendiri..." ayat yang keluar dari mulut lelaki itu sangat menjengkelkan hatiku. Senyum sumbing yang dipertontonkan membuatkan aku bertambah meluat.

"eh...sibuk apesal...sukeati lah....kalau saya nak kawen pun..nak buat anak sendiri...xde kene mengena ngan awak kan???uh!!Sham...sibuk lah kawan ko nih..eshhh..."jeling aku pada lelaki tadi.

"Ko ni pun satu la Haikal..biarlah dia..biaselah..budak perempuan...memang suka baby...kan awak kan??" backing Sham sambil mencuit pipi Qira. Qira hanya mengekek ketawa. Amboi...dieorng nih..xde tempat lain ke nak bermanja-manja??public nih....eshhh...Qira ni pun satu..marah lah lelaki tu. Dia pandang aku senyum-senyum pulak. uhhh.menyampah!!

Selepas lebih kurang 15 minit, makanan kami sampai. Aku hanya makan sambil menunduk tanpa memandang muka lelaki tadi. Makanan kegemaran sedikit pun tidak membuatkan aku berselera untuk makan memandangkan ada perkara yang lebih membuatkan aku meluat.

"uh...hilang selera aku..bila dia nih ade depan mata. Tak ada tepat lain agaknya dia nak duduk..depan aku jugak dia nak letak buntut...eshhhh....terus tak sedap kuey tiaw makcik nih aku makan...sume padal dia nih...uhhh...!!!" satu jelingan aku hadiahkan padanya tanpa protes kerana tidak dapat meluahkan rasa ketidak puasan hatiku ini.

Setelah usai makan, aku hanya menunggu Qira selesai memandangkan kami akan pulang bersama. Tiba-tiba hati ini terasa terusik dikala melihat kemesraan Qira dan Sham. Mereka brdua sudah bersama sejak kami melangkah masuk ke sekolah ini pada tahun lepas. Keintiman mereka sedikit pun tidak menganggu gugat pelajaran masing-masing kerana mereka bijak dalam percaturan. Lantas, hati mula mencongak..

"Mengapa aku tidak seperti mereka??Bukan tidak ada yang bersuara untuk mendekati..namun, semakin mereka dekat...semakin aku menjauhi...semuanya kerana aku risau aku tidak mampu membahagi masa untuk pelajaran...mereka juga tidak mampu mengusik hatiku seperti Faiz. Ya!!Faiz!!!Dia teman yang baik...teman yag sering memahami....dia sentiasa mengusik hatiku dengan kata-kata manisnya...tapiiii....ntah wujud ntahkan tidak...erm..."luahan hati yang hanya bersarang di dalam hati....

Dengan tidak semena-mena..telefon bimbitku aku keluarkan secara curi-curi....satu pesanan ringkas aku taip buat insan yang selalu menjadi peneman dikala hati ini sunyi....aku dah buat keputusan...mungkin dengan cara ini...aku tidak akan kesepian lagi..kalau buka dia menjadi istimewa dalam hati..cukup sahaja menjadi teman baik....setelah pesanan ringkas itu aku karang..lantas aku menekan butang SEND!!!

~awk..kite jmpe skrg!!sye tggu awk kat kantin..skrg tau!!~

Aku nekad dengan keputusan ini. Namun, setelah butang SEND aku tekan, tidak semena-mena aku merasakan gegaran di atas meja ku. aku mencari dimana datangnya gegaran itu. Sambil aku mencari...laju sahaja lelaki didepanku yang Sham panggil Haikal tadi membuka zip bekas pensil yang diletakkan di atas meja. Dia mengeluarkan sebuah telefon bimbit dan terus menatapnya. Aku terpinga-pinga.

"Betulke apa yang aku fikirkan nih???ahh....mungkin kebetulan sahaja..."keresahan hati makin menjadi-jadi tatkala Haikal memandang aku dengan senyuman terukir di bibir.

"awak nak jumpe saya...saya dah ada depan mata awak ni...." kata-kata yang keluar dari mulut Haikal itu bagai kilat yang memancar secara tiba-tiba. aku hanya kelu tanpa kata.

"Jum..jum..pe awak??kenapa saya nak kene jumpa awak??"tergagap-gagap aku meluahkan. Kalau tadi aku lancang dalam berkata-kata..kenapa bukan sekarang?

"Awak...sayalah Faiz...dan saya juga Haikal. Nama Penuh saya Muhammad Faiz Haikal Bin Muhammad Hakimi. Selamat berkenalan." senyuman yang terukir di bibir Haikal di kala ini kurasakan sangat ikhlas. Tidak lagi sinis seperti biasa. Huluran tangan tadi aku tatap...lama. Teragak-agak aku menyambutnya.

" Tapi...kenapa awak tak pernah cakap yang awaklah faiz? dan dari mana awak dapat no saya?awak memang tahu sayalah orang yang selalu awak mesej dari awal kan?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku. Semuanya mengenai persoalan yang perlu aku tahu hari ini juga.

"awak...awak penah cakap pada saya...yang awak hanya akan bertemu saya bila awak dah bersedia jumpa saya...sebelum awak bersedia, awak melarang saya dari muncul depan awak...awak tak ingat? dan soal dari mana saya dapat no awak, saya nak awak jangan marahkan Qira. Saya amik no telefon awak dari dia. Saya merayu supaya dia bagi no awak pada saya kerana saya teringin berkawan dengan awak. Awak sentiasa manis apabila saya melihat awak, tapi..bila saya cuba dekat, awak menjadi sangat garang. Awak tahu..garang awak tu buat awak nampak comel sangat...itu yang buat saya sukakan awak..Ye awak...saya memang tahu awak dari mula-mula kita mesej dulu...cuma awak jek yang tak perasan saya walupun awak selalu datang kelas saya berjumpa dengan Qira." penjelasan panjang dari Haikal tadi menjelaskan tentang segala persoalan yang terbuku dalam hati aku selama ini.


"Sya...maafkan Qira sebab rahsiakan semua ini...Qira tak ade niat jahat pun..tapi bila Haikal beriye-iye minak no Sya dengan Qira...Haikal janji yang dia tak akan main-mainkan Sya...Qira bagi sebab Qira yakin yang Haikal betul-betul jujur dengan Sya. Maafkan Qira ye Sya." Qira memelukku dan berulang kali mengucapkan kata maaf.

Kehadiran Qira dan Sham yang sememangnya ada di sisi sedikit pun tidak aku perasan. Perasaan malu bermukim di hati apabila mengenangkan mereka melihat situasi yang berlaku antara aku dan Faiz tadi. Tidak sedikit pun muka aku tolehkan pada mereka kerana aku merasakan teramatlah malu untuk bertentang mata. Apatah lagi dengan Faiz yang masih bungkam menanti jawapan dari mulutku. Perlahan-lahan, muka aku angkat dan mataku bertembung pandang dengan mata Faiz yang tidak bergerak memandang mataku. Aku kaku di situ. Namun, secara tidak sengaja, senyuman paling manis aku lemparkan pada Faiz. Dia masih memandangku dengan senyuman yang masih terukir di bibir dari tadi. Ya...aku pasti...inilah keputusanku...petang ini....Qira...Sham...dan kantin ini menjadi saksi bahawa seseorng telah berjaya menawan hatiku...seseorng yang telah berjaya mencuri hati seorang perempuan yang keras hati seperti aku....dan bermula dari hari ini...bermulalah kisah rentetan aku...Nurul Syafiya Binti Muhammad Syakir dengan cinta monyet pada usia 17 tahun....wink~wink~

Kejadian petang tadi semakin ligat di fikiranku. Usikan Qira dari tadi membuatkan aku semakin malu. Namun, aku yakin dengan keputusan yang diambil. Aku memeluk bear pemberian ibu dan menarik selimut untuk melelapkan mata. Esok hari pertama dalam minggu baru hari isnin bakal menjelma..bermula juga episod baru dalam hidupku..diharapkan lebih indah dari sebelum ini...baru sahaja mata ingin dilelapkan...telefon bimbit ku bergegar tanda ada pesanan ringkas yang baru masuk. Aku membaca sebaris ayat dan lantas bibirku mengukir senyum berpanjangan....:)


"selamat malam wahai gadis pencuri hatiku...mimpikan saya malam ini ya...<---awak dah lupa nak kirim sms slmat malam pada saya mcm selalu ye???xpe..malam ini saya maafkan awak...malam esok...n malam seterusnya...kalau xde ucapan slamat malam...saya cubit pipi comel awak...tunggu..(^_^)


indahnya hidup ini kan????



p/s: cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah mati...hanya rekaan sang penulis shaja...heeeee....inilah hasil yang pertama....harap diterima semua ya..:)

6 comments:

  1. hai syg..tp syg....mcm pnh dy tau jek jln cte ni syg.tersnyum dy sorg2 bce..but dis stry vry nce..gd lck dear 4 da nxt story..hee..love u dear... ;)

    ReplyDelete
  2. heee.....thanks dear...a little bit about our story..heee....sket jek la..hehehehe....luv u so much!!!sentiase bg smgt...:)

    ReplyDelete
  3. hee..i knw dat.'g kntin..g kelas nk stadi..kt kntin.salu mkn kt kntin 2 my kn..hee..lorh..np nk thnx2....kn dy da promise..im oways wif u dear...k...peace.... :)

    ReplyDelete
  4. best la...rse cm nk bechenta je skunk neh...
    hehehe....
    :P

    ReplyDelete
  5. satu cite yg menarik...best...truskan usaha nana utk menulis...tahniah.congrate...

    ReplyDelete
  6. thanks guys!!!rase smgt nk menulis lagi....terima kasih sgt2!!!:)

    ReplyDelete

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~