- LET L.O.V.E BE YOUR ENERGY-

"SAAT CINTA ITU HADIR DI HATI KITA....PASTI KITA MAHU MENGUKIR SAAT MANIS KETIKA INI...BILA KITA PUNYAI ANAK...KITA MAHU KISAH MANIS KITA MENJADI KISAH DONGENG SEBELUM TIDURNYA..."

Tuesday, July 19, 2011

PERASAN BAGUS???

Ramai dikalangan kita perasan bagus.Nak-nak yang tengah syok bercinta. Pantang ditegur pasti muncung je memanjang.Aik tak boleh nak tegur langsung ke?Kalau dh buat salah kena la tegur kan. Ini tidak kita,nak tegur pun tak boleh bak kata kumpulan jambu maharajalawak “Apa pun tak boleh”

Ok lah kepada yang perasan bagus dan tidak boleh ditegur,nasihat saya ubahlah perangai tu sebab bila perangai ni dibawa ke gerbang perkahwinan saya takut ianya akan menjadi sumber pertelingkahan. Selain itu sikap tertutup sehingga tidak boleh ditegur kesalahan akan menyebabkan kita tidak memperbaiki diri.

Teguran penting untuk menjadikan diri kita hebat. Ya teguran akan menyedarkan tentang kesilapan kita dan harus diperbetulkan. Kita yang menerima teguran harus bersikap rendah diri. Teguran diterima dengan nilai positif akan menjadikan kita lebih baik.

Moga nukilan hari ni akan membuka hati kita semua untuk menerima segala teguran yang diterima. Lapangkan dada dan ucaplah syukur kerana diberi peluang memperbetulkan diri.

Sampai disini sahaja nukilan saya.Yang baik dijadikan tauladan ya!

No comments:

Post a Comment

~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NANA KALI INI...SILALAH TINGGALKAN KOMEN-KOMEN KORANG UNTUK NANA MEMANTAPKAN LAGI HASIL PENULISAN NANA..THANK YOU GUYS!!~